Friday, 21 December 2012

romantic dinner :SUBAK


jangan nak romantic sangat.selalu makan ngan family je pun kat sini.hahaha.eh tapi tempat ni memang romantic la.restaurant Subak ni bagi aku restaurant bertaraf 5 bintang.sejuk and tenang je kat sini sebab kau makan dalam hutan.hahah.walaupun dalam hutan tapi takpayah  risau pasal nyamuk.berkali kali aku pegi takdelah pulak aku kena gigit ke ape.enjoy je makan kat sini.restaurant ni terletak kat atas Bukit Lanjan.if lalu DUKE(dari KL)  kluar kat penchala link.then kau turn right after traffic light.nanti kau jumpa masjid,kau belok kiri pulak.jumpa lagi traffic light kau turn right then straight je naik bukit sampai kau rasa 'eh macam sesat je ni?' sabar sayang.kau tak sesat.tempat tu betul2 isolated.hahaha.kau straight je nanti jumpa Subak Restaurant on your right.tapi kalau kau straight sampai jalan mati haa itu ye memang kau dah sesat tu dikk. cakap byk pun takde guna.kau tgk map bawah ni

rajin2 toleh belah kanan.baru kau nampak ni.

so mari kita lihat makanan2 yang telah aku & family mencekik.


Ibu Yati Gado-Gado (rm12.00).starter, aku order gado-gado.sedap tapi portion sikit.4 kali telan je ni.hahaha. enak pak!kuih kacang die pekat.suka sangat sangat!presentation dia memang first class lah kan.


Black Cod Fish (rm63.00).ni ayah aku punya.served with fresh herbs cream.bwh ikan tu ade mashed potato and vege.nice!



Ala Subak Mee Curry With Udang Galah (rm22.00).bukan main panjang lagi nama.letak mee curry je tak boleh ke?nasib baik kau sedap.hahaha.ade pulak udang galah besaq tu!erm ade fishball,vege,bean curd..gravy dia tak pekat and tak cair.just nice.recommended!


Tenderloin Steak (rm68.00).ordered medium well.gravy dia amik black pepper.sedap gak gravy dia.
teruk benor gambar.maklumlah guna phone camera je.lighting romantic yang ada tak membantu langsung.lain kali nak pergi tempat romantic kena bwk DSLR.hahaha



Grilled Rack Of Lamb (rm58.00). ni aku punya!ordered medium well jugak.so daging dia juicy!sedap tapi sayangnya portion sikit.aku rasa nak order lagi satu tapi pikirkan harga, ku lupakan nawaitu itu.hahaha.untuk orang kebulur aku tak recommend amik ni.baik kau makan nasi ke mee ke.baru puas perut kau.


Subak's Fettuccine Cabonara (rm36.00).dalam tu ada black mussels gedabak,fried salmon(dah selamat telan baru teringat nak amik gambar),mushroom.yang ni biasa2 je.aku tak suka sangat cabonara sebab cepat muak.aku lagi suka makan bolognese.cabonara ni kalau taknak cepat muak,kau kena makan time panas2 dan makan dengan pelahapnya.hahaha



Ala Subak Nasi Goreng With Chicken Satay (rm25.00).pendek cite ni nasi goreng.hahaha.dap dap!satay dia pun nice.nasi banyak.siap ade udang and telur mata.




Raspberry Bandung With Roses Flavour (rm8.00).3 kali aku pergi sini, memang air ni je aku order.sebab sedap!kalau dia buat kurang manis sikit, lagi aku suka.tapi tekak DBKL ni telan je sebab sedap sangat.hahaha.nanti kalau nak order cakaplah nak kurang manis.hewhew


Sliced Cheese Cake (rm15.00).nampak je lawa tapi aku tak suka.mungkin sebab aku bukan penggemar ciskek.tak habis pun yang ni.saje gatal2 pegi order.hahaha




Mango Pudding (rm12.00).yang ni sedap.ade vanilla ice cream.nyaman je rasa..

Tapai Pulut With Ice Cream (rm10.00).mak aku order ni.kureng sikit.



Subak's Gula Hangus (rm12.00).yang ni pun tak sedap.aku rasa beli caramel kat bazar ramadhan lagi sodap.



selesai sudah korang telan air tengok gambar makanan.owh ade lagi gambar makanan aku tak letak.chunky mushroom dia sedap.terasa sangat mushroomnya.ayah aku ade order french onion soup.ayah aku suka tapi aku tak suka sebab terasa gila bawang.sape ade masalah nak buang angin tu,kau try la makan soup bawang ni.kompem bebbb.kat situ jugak kau prottt.hahaha.da kate onion kan..disebabkan kitew tak sukeww oleh itu memang aku tak amik gambar.gila racist aku ni.hahahaha.




sikalaaaang tengok view dia pulak.very cosy and romantic!
lawa kan?kalau malam2,kat meja tu ade lilin.candle light dinner gituuew..malam2 ade orang nyanyi2.tapi aku tak sure setiap hari ade or tak.mungkin hari minggu jela kot? from my review, aku rasa starter and main course dia best tapi dessert tak berapa sangat.


1 comment:

  1. besnye .. tgh planning ni nk buat surprise birthday party dkt sni laa..

    ReplyDelete