Thursday, 16 May 2013

BEIJING DAY 1



assalamualaikum semua :) before election day hari tu berkesempatan pergi ke Beijing.kali ni ikut  AMQ TRAVEL u guys can check their fb.sebenarnya aku tak plan pun nak pergi mana2 cuti ni.tiba2 cousin ajak sekali pergi beijing.dia yang settlekan semua ni.so aku hanya menumpang family dia je.haha.kali ni aku nak promote AMQ travel pula sebab aku rasa harga sangat berpatutan dan puas hati dengan service yang diberikan.so selama 6 hari aku ada kat sana banyak sangat ilmu yang aku dapat and belajar budaya dorang.group kali ni semua sekali ada 33 orang(8 family).memang ramai compare group masa pergi Korea dulu.group ni memang semua sporting habis.tak rasa asing pun bila dengan dorang and aku bersyukur sebab dapat berkenalan dengan dorang.sampai je kat beijing kteorg disambut oleh Amel(amelia english name).dia orang local di sana and belajar bahasa indonesia.so rasa macam cakap dengan orang endon.haha.bila dia cakap bahasa indonesia dengan kteorg memang lebih senang nak paham la sebab orang kat sana tak pandai speaking and kalau pandai pun bunyi sangat pelik.elok sangatlah dia cakap bahasa indonesia dengan kteorg.


pagi ni suhu 10' je so boleh tahan lagi sejuknya.tak perlu pakai sweater.Alhamdulillah.mula2 dah risau sebab tengok orang lain beriya bawa winter coat-.- i was like 'err sejuk sangat ke Beijing?da la tak bawa langsung baju sejuk' .dlm kapal terbang byk kali berdoa agar cuaca kat beijing tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas. and pagi tu bila dah keluar hotel 'owhh biasa je cuaca kat sini.alhamdulillah'. muka tu macam mayat hidup dah jadinya.ni semua kuasa instagram :-P


hari pertama kat sana tak pergi breakfast pun sebab malas nak turun.makanan yang disediakan oleh hotel adalah halal dan dimasak di tingkat berlainan.kemudian baru dibawa ke hall.around 10.30 am duduk kat depan hotel sementara nak tunggu bus kteorg sampai.kelakar wehh tengok jalanraya kat sana.maksud aku orang yang guna jalanraya tu.dekat depan hotel ada simpang 4 tapi traffic light tu macam takde function je.lampu merah selumber badak je dorang jalan tak kira la kereta ke basikal ke motor ke and even bus sebesar alam tu haa.bahaya wooo.yang paling tak makan saman orang yang bawa basikal ni.laju je menonong.haihh.kalau kat beijing kena tengok belah kiri kemudian baru belah kanan tapi lebih hati2 tengok basikal sebab orang bawa gila2.lagi satu, contohlah ada basikal lalu depan bus/kereta korang, jangan hon!sebab nanti dia akan turun basikal and cakap sakit jantung -.- lepastu bila masuk hospital tak nak keluar walaupun dah berbulan-bulan sebab dia selesa duduk hospital.so kalau ada basikal lalu kau sabo jelah!


masuk je bus si Amel tanya 'sudurnya takde dalam bilik ya?'  semua garu kepala sudur tu apa.rupanya SUDU.ekelehhhh.memang takde sudu dalam bilik hotel sebab orang cina tak suka minum kopi or whatsoever.dorang minum teh je.tu pun tanpa gula.so xyah nak kacau bagai la kan.nak cari gula packet memang tak jumpa ok kat sana.kalau kau order kopi pun dia bagi kopi tanpa gula.mahu?sebab dorang tak biasa minum dengan gula.since takde sudu so kalau nak buat air tu kacau pakai tangan.hahah.haa lagi satu cadar/towel hotel tu korang kena check sebab takut kotor/rosak.sebab kalau kotor or rosak hotel akan charge kita masa nak check out so baik check awal2 and inform kat dia.sebab kalau korang bgtau masa nak check out memang tak dilayan.plus cadar tak ditukar hari2 sebab beijing kurang air and mahal so pandai2 la ye jaga cadar tu jangan ada tertumpah kopi ke teh ke...



kteorg keluar hotel pun dah nak tengah hari so kteorg pergi makan tengah hari dulu since restaurant ni jauh dari hotel.dalam 40 minit kot? kebanyakan restaurant memang meja makan macam meja makan kat rumah.nampak macam mewah je.hihi suka2!
orang di beijing suka makanan masin sebab tu dorang suka minum tea.tapi tak suka makan pedas sebab kalau makan pedas nanti nak minum air banyak.air kan mahal :) lagi satu,dorang jarang makan seafood sebab laut jauh so mahal.tapi suka makan ikan cumanya ikan dorang banyak sangat tulang.aku rasa macam makan tulang ikan.bukan isi ikan!

akak dua orang ni aku ingatkan umur baru 24-25.rupanya dah 29.yang tudung hitam tu dah kahwin da pun.nampak muda je dorang ni:) dorang memang selalu travel sama2.bes la lepak dengan dorang .kalau tengok gmbar makanan memang banyak sangat lauk tapi jangan terpedaya.rasa semua sama je.hahaha.tak creative betul la chef dorang ni :-P

toilet paling lawa dan bersih ada kat restaurant ni.hihi.kteorg makan kat restaurant ni dua kali.masa first day and before balik ke malaysia.aku tunjuk gambar ni kat member aku dia ingat ni hotel yang kteorg duduk.agak2 la wehhh
depan restaurant muslim western Mahua
depan pintu gerbang summer palace.dekat beijing menggunakan bahasa mandarin dan sangat jarang menggunakan bahasa inggeris.ekelehh usha semacam je mamat belakang tuuu >.<
aku baru nak tangkap gambar sekali ada mak cik enterframe la pulakk.dia siap berlari kat aku bila nampak aku posing.lepas dah tangkap gambar dia lari cepat2 blah dari situ -.- tu muka aku macam tahan gelak .LOL. belakang tu tasik buatan ye bukan asli.kedalaman dia 1.9m and tanah yang digali dibuat gunung.tengok belakang tu ada gunung kan.tu pun gunung buatan.hehh.
kalau nak pusing satu tasik ni bolehlah naik benda alah ni.tapi kteorg jalan kaki je.lagi best sebab cuaca pun elok je.kalau naik benda ni nanti sejuk sangat la pula

makk aihh ramainya orang.most of them rombongan budak sekolah
Summer palace ni tempat maharaja dengan bini,mak and anak2 dia tinggal masa musim panas.sebab istana yang dekat tengah bandar tu takde pokok so panas sangat dalam 40'c.
eh ehh nampak macam orang belakang tutup telinga aku pula.hahahah.kat beijing ni kurang air so kalau taman2 dia mesti ada tasik.bunga takde pun.nak tengok bunga banyak kat tepi jalan.terbalik dengan malaysia.kat malaysia nak tengok bunga kena pergi taman bunga and bayar.sini free je nak tengok.nak bawa balik rumah pun boleh.elehh :-P tapi beijing ada satu taman bunga sakura.bulan 4 hari raya untuk bunga sakura so pokoknya ada 40 ribu lebih.kalau nak tengok bunga sakura bolehlah datang bulan 4.macam2 colour ada.kteorg tak sempat nak tengok sebab musim sakura dah habis :(  

sukanya tempat2 classic macam ni

maharaja dorang ni ada 1 bini tapi 3000 gundik.macam mana gundik dipilih?setiap 3 tahun ada upacara memilih gundik.umur 14 tahun dah dipilih oleh maharaja yang tak dipilih baru boleh kahwin dengan orang biasa.

subhanallah!ni sakura ke?bukann.tak tahulah bunga apa tapi ni je pokok yang ada bunga kat sini.hahah
aku memang suka tengok bangunan2 lama sebab ada aesthetic value
ni pun aku suka tengok sebab ada muka aku.KAHKAHKAH!ok syida tak lawak-.-
ahaa style :) ayah kemain skema,anak dia perhh
ada 500 ekor anak singa.kalau tak percaya kiralah :)
kalau korang perasan,pokok2 kat tepi jalan belah bawah mesti dicat putih.kenapa?cat tu dah dicampur ubat untuk halang ulat dan jadi guide bila waktu malam untuk kereta.
yang tgh2 tu tour guide kteorg yg ikut dri kl.panggil kak ina je.sweet kan muka dia:) 
masa tengah2 jalan kat sini,tetiba ada sorang uncle dgn DSLR lens punyalah panjang nak tangkap gambar aku.tapi aku tak paham apa dia cakap sebab bahasa mandarin -.- aku senyum jela.rupanya dia suruh aku posing konon2 tengah tengok bangunan tu.dia kata baju aku sama colour dengan bangunan tu.ok uncleee.nanti jangan lupa tag saya di fb (Y)
di beijing sahaja ada 26 juta penduduk hampir sama dengan penduduk di malaysia.sebab itu satu keluarga hanya dibenarkan untuk memiliki seorang anak sahaja.kalau ada anak lebih akan dibuang sebab tu banyak baby yang dibuang kat luar hospital.memang sedih ;(
ok next kita pergi tengok sutera!orang yang duit berkepuk mungkin teruja tetapi tidak bagi saya.hahaha.tapi best la dapat tahu serba sedikit cara dorang amik dan proses sutera ni.
aku paham kaedah dia tapi aku tak ingat nama benda2 alah ni.nak explain pun susah.heee.yang aku tahu kepompong ni ada dua jenis.yang kepompong ada 2 ulat dibuat selimut sutera.selimut ni takde bulu so bagus untuk orang yang ada resdung/asthma dan juga tahan selama 10 tahun(hanya perlu jemur je and kalau kotor basuh sikit dengan air).kepompong yang ada 1 ulat dibuat kain sutera untuk buat baju kurung la selalunya.
besar sangat2 kedai sutera ni!
rm 35.00 1m buat baju kurung.kat beijing market harga lebih mahal (rm40.00) tapi bukan 100% sutera.kenapa mahal?sebab sewa kedai mahal.beza sutera china dan sutera di terengganu  adalah kain sutera China sejuk dan tak perlu iron langsung.nak basuh pun boleh pakai washing machine/guna tangan tanpa detergent.tapi sutera di terengganu kena iron baru kain licin.so i bought two silks for me and my mum.perlu diingat,kain sutera yang 100% menggunakan sutera hanya di kedai yang diiktirafkan oleh gov dorang macam kedai ni.kedai2 market kat luar tu bukan original sutera walaupun dia cakap 100% sutera.

kami takdak duit nak beli selimut sutera.mampu tengok orang lain beli sutera je :( me with pak ngah's family


pekerja dia sebuk duk promote suruh beli selimut sutera tu.eh hellooo mak apak aku takde ok sebab tu takde duit nak beli.bila cakap takde duit baru dia blah.hahah.alasan paling bagus nak bagi kalau dah rimas sangat orang paksa suruh beli.


sungai ni berhubung dengan istana maharaja.zaman dulu,maharaja takut akan diserang so dia buat sungai keliling istana

subhanallah!lawanya masjid Niujie kat beijing.ni masjid terbesar dan paling famous di beijing.jangan sangkakan ini temple ya.untuk membina masjid kat sini,rekabentuk masjid haruslah menerapkan ciri2 masyarakat orang dekat sana macam bentuk temple ni supaya orang lebih senang menerima Islam.
kat Beijing masjid takde kubah.yang ada kubah tu muzium,hotel or restaurant.so masjid kat sini macam istana lama bentuknya.
tempat solat lelaki.nampak macam panas je kan?tapi sebenarnya sejuk je dalam ni walaupun tak pasang aircond sebab cuaca just nice.struktur bangunan ni pun guna kayu so lebih sejuk la.

tempat ambil wuduk perempuan.baju belang2 tu jaga tempat ambil wudhu.kalau kau pasang air macam kau ambil wudhu kat malaysia dia akan datang and kecilkan air tu.sebab?AIR MAHAL!hahah.lagi satu pembaziran :)
tempat solat perempuan.kawasan masjid sangat besar.tempat solat lelaki dan perempuan diasingkan dan dua2 tempat jauh.aku sampai sesat sebab banyak sangat pintu.konon nak keluar dari masjid sorang2 sebab nak tangkap gambar sekali sesat.hahah malu je -.-
tempat ambil wudhu
sejauh mana pun kita pergi,solat itu wajib.sentiasalah bersujud kepada Allah swt atas nikmat yang diberi.
lawa kan interior masjid ni? :) kebanyakan interior masjid lebih kurang dan struktur bangunan pun sama je.
kawasan masjid seluas 6 hektar

kalau nak sedekah duit dekat pengemis jangan bagi even yang ada dekat depan masjid (pakai songkok dan tudung) sebab dia tipu.dorang ni bila hari orang kristian pergi gereja dorang tanggal songkok dan tudung and duduk depan gereja minta derma pula.jadi kalau nak sedekah,masuk kat tabung masjid yang disediakan di dalam masjid.dalam masjid ni pun ada jual barang2 macam songkok,cawan,selendang dan perhiasan so kalau nak beli bolehlah sebab duit itu akan disumbangkan untuk kegunaan masjid di sana.

ada perkampungan muslim dekat sini sebab kawasan Niujie ni famous dengan orang muslim.so ada halal market dekat sini.
ada jual maggie beijing juga tapi rasa masin je walaupun cover maggie tu tunjuk gambar daginglah,ayamlah or apa2 je.aku ada beli macam2 jenis maggie and rasa dia ok la.portion pun banyak juga.semua makanan dalam ni boleh dibeli sebab semuanya halal walaupun takde cop halal.aku tak ingat kenapa takde cop tapi semuanya halal!

muslim market.time ni boronglah seberapa banyak makanan sebab semuanya halal.jangan khuatir :) plus,jarang nak jumpa muslim market kat tempat lain selain kat sini.so beli makanan untuk stock 5 hari akan datang.

if ada orang jual chestnut kat tepi jalan jangan beli sebab tak halal.WHY?!SEDAP KOT CHESTNUT!sebab minyak yang digunakan adalah minyak recycle.minyak tu minyak yang sudah dibuang dan di recycle balik dan dijual dengan harga murah untuk orang miskin/kaki lima.minyak tu tak bersih.satu lagi,jagung yang dijual pun tak halal sebab periuk tu dia guna untuk masak benda 'lain' juga walaupun guna minyak bunga ke apa.walaupun ada yang boleh cakap melayu tapi kita tak boleh beli.TETAPI kalau orang XIN JIANG yang jual boleh beli.selalunya dia jual kacang panjang.orang xin jiang ni orang islam dan muka ada iras2 arab sebab dulu orang arab berdagang kat sana dan berkahwin dengan orang xin jiang.95% muslim ada kat xin jiang.
muslim restaurant selalunya board colour hijau.just nak inform kat you guys,KFC dan MCD di sini takde yang halal!!!walaupun takde pork tapi cara penyembelihan dan minyak yang digunakan tu tak pasti sebab takut guna minyak recycle
dekat beijing ada daging kambing palsu( daging kucing campur minyak kambing) tapi di kedai muslim minyak bersih(bukan minyak recycle yang kebanyakannya dijual untuk orang miskin dengan harga lebih murah) dan daging memang daging bersih yang diambil di masjid.dan jangan hairan kalau restaurant muslim ada jual arak.ini kerana orang beijing yang non muslim suka makan kat kedai halal sebab daging bersih.tapi kalau takde arak kedai tak laku walaupun makanan halal sebab penduduk kat sini kebanyakannya bukan islam.jangan ragu2 nak makan di kedai muslim sebab ada jual arak kerana setiap bulan imam ibrahim akan check restaurant halal kat beijing.
budaya makan dekat sini memang pelik sebab dekat sini makanan tak boleh dihabiskan.memang adat dorang macam tu.makan sampai rasa kenyang je.tapi aku ni tak sampai hati tengok lauk tak habis.sebab tu aku duduk meja makan mana2 pun mesti aku yang paling last makan.orang dah keluar kedai pun aku baru nak habiskan air.hahaha.orang kat sini makan 3 kali je.dorang dinner pun pukul 5.30 petang.tak macam kita ada breakfast,lunch,hi tea,dinner and supper :) 
tempat acrobatic show!awesome sangat!


acrobatic show ni start 7.30 pm selama 1 jam.free seating and it was a fantastic show!
dorang ni belajar dari umur seawal 3 tahun dan kebanyakannya orang miskin akan hantar anak untuk buat show.tapi umur 20 dah tak boleh ikut buat show sebab tulang dah keras.tapi kesian dorang ni sebab lepas tak dapat ikut pergi show dorang kerja dekat kedai makan or jual baju ke apa.sebab dari kecil memang tak pergi sekolah kerana dilatih untuk buat show sahaja.
ada motor show jugak yang paling awesome tapi tak sempat nak tangkap sebab terpegun sangat tengok show tu.kalau ada peluang datanglah tengok acrobatic show kat sini.satu kali perform gaji rm500.00.sehari dapat rm1000.00 sebab ada dua kali show untuk 1 hari.harga ticket rm 90.00.

hasil memborong di muslim market.saje beli banyak2 nak bawa balik malaysia.hehe