Tuesday, 15 January 2013

KOREA DAY 1

cuti new year(2012) lepas aku pegi korea ikut POTO travel yang aku dok gebang dalam entry lepas.apa kau ingat aku saja nak gebang?haha takda maknanya.aku pergi 8 hari 6 malam (26/12/12-2/1/13).flight kteorang malam tapi pukul 5 dah kena gerak ke KLIA.dalam pukul 8.50 camtu flight kteorang dari KL-ho chi minh.asal ho chi minh?kata gi korea?lekluuu.gua transit je kat situ.lemau bontot ni ha kalau straight flight.hahaha.transit 2 jam.kteorang naik vietnam airlines.yang pegi ke korea ni 3 family,family aku,family aunty mas and ada dua beradik.yang dua beradik ni sorang sebaya dengan aku, sorang lagi standard 6.cool kan?sebab dorang dah biasa ikut POTO so parents pun percaya untuk lepaskan dorang.kan best kalau parents aku pun macam tu:D

tips:sediakan siap2 toileteries yang nak letak dalam handbag/hand luggage korang supaya kat security check nanti takdelah terhegeh-hegeh nak letak barang2 dalam ni.don't be like my mum.hahaha.aku letak dalam plastic zipper bags yang aku curi amik kat dapur je.

 travel agent yang aku guna.

duration from kl to ho chi minh 1 hour and 20 mins.apa aku buat?makan tidur makan tidur bukak mata ehh dah sampai dah.cepatnya.haha.yang bangangnya aku ngan kazen aku maki hamun kerusi tu sebab takleh nak adjust.memang sakit tengkuk ah nak tidur tegak je.tekan button pun tak jadi apa.so lantaklah tidur je.

 transit ke ho chi minh by vietnam airlines.okay la naik vietnam airlines.kerusi dia besar.

 meninggalkan kata-kata terakhir kat orang malaysia before depart.padahal nak tunjuk boot baru.muahahah

 cool gila mak cik ni.relax je pakai selipar rumah tu naik flight.

dia bg makan steamed fish with tomato gravy,apple crumble,jasmine tea wangi macam bau toilet baru basuh.hahaha.

 makanan dijamin halal.POTO akan arrange bagi muslim untuk makanan halal.

 ohh yeahhh i can't wait to reach seoul!!!

pastu flight ho chi minh ke incheon airport seoul (4 hours 15mins).flight pukul 11.10pm.lagi sekali kteorang hangin sebab tak dapat nak adjust seat.time tu aku cakap better lagi naik air asia walaupun vietnam airline punya seat besar.dalam maki hamun tu badan aku ni dok tolak2 kerusi tu ke belakang sekaliiii boleh puulakkkk.tersengih je aku.muahaha.rupanya kena tekan button sambil tu badan kau and kaki kena tolak kerusi ke blakang.pastu berlagak gila nak ajar mak aku and cousin aku ke belakangkan kerusi.hahahaha almaklumlah kite orang kampunggg :-P aku ingat nak tengok the mob tapi screen tv aku tu buat hal.tensi i!tidur jela keje aku.



 screen tv yang bagi aku harapan untuk tengok movie best2 dan akhirnya dia buat problem.ciskek betul.


 time ni mak aku dah boleh adjust kerusi.hahaha

flight ke korea ni kau kena isi 3 form.make sure kau dapat 3 borang ye.isi siap2 so nanti takdelah kelam kabut kau nak isi bila da sampai kat airport.bawak pen tu.bukan berat pun.ni bising nak pinjam orang sebelah punya.


 3 forms u need to fill in

makanan kali ni tak best walaupun halal.aku tengok macam makanan dalam penjara je.hahaha.ada macam-macam jenis beans dia masak ngan ayam kot?ke ikan tah.tak ingat la.rasa macam curry pekat je.hahaha.pastu roti keras keratung stock yang jenis baling kat dinding pun tak pecah.bila takde selera aku pun buat recipe sendiri yang menjatuhkan selera orang korea yang dok sebelah aku.tak sangka aku kretif:-P siap tambah salt n pepper,butter yang dia bg tu pun aku guna. yogurt dia bagi tu aku guna kasi rasa lemak2 sikit.tak baik membazir.pencungkil gigi tu aku buat untuk tahan daripada roti tu jatuh.siap boleh pusing2 lagi taw penutup roti tu.gila inovatif.muahaha.pastu stewardess nak kutip balik tray,dia tengok je roti aku tu-.-



 makanan penjara

 makanan first class.hahahah

aku sampai sana around 4.20am tengok2 dah penuh salji kat luar.kiranya salji dah turun dulu sebelum kteorang sampai.ciskek.tak sempat nak main snow.ada member aku tanye 'weh sana beza dia 1 hari ke?' wakluuuu!!hahaha.korea cepat satu jam je dari malaysia.hahaha.so tak perlu nak tukar waktu kat jam.kalau bengap sangat nak kira kau tukarlah.hahaha.sampai kat incheon airport (seoul) 27/12/12.temperature time ni -13'c.hamik kauuu.keluar je dari aeroplane memasing menggigil kaki lagi2 aku. aku pakai t-shirt ngan jeans je sebab bajet badan macam mat salleh tahan sejuk.hahaha.orang lain pakai sweater,long johns laa apala.. mulut pun dah keluar asap.kau panggil ape eh?aku panggil asap.pastu hembus2 kat orang.hihi. lepas immigration tu gi toilet dia sebab nak membuang lagi padahal sebelum immigration da gi toilet-.- memang kalau cuaca sejuk ni tempat fav aku toilet:D 
walawehh toilet pun canggih siot.siap ada plastic cover so toilet dia hygenic la.takdelah kau geli nak duduk kat situ.tekan je button nanti plastic tu pusing tukar yang baru.daebak!(hebat in korea).


 toilet airport.kecanggihan plastic cover yang boleh main pusing-pusing.hahahah

pastu tour guide datang.nama dia mr yun.dah kahwin dah pun.tapi kteorang panggil yun je.yun!yun!budak2 kecik pun selamber je panggil yun.takdenya nak panggil uncle yun ke,mr yun ke...masuk ayah aku jadi yong!yong!hahaha.suka hati je tukar nama laki tu.tour leader kteorg pulak cik rina.dia yang bawa kteorg dari malaysia sampailah ke seoul.sepanjang masa lah dia dengan kteorg.
apa yang bezanya korea ngan malaysia ni aku tengok dorang bangga dengan local product dorang.kereta mostly pakai hyundai/kia.jarang nampak pakai bmw/audi/wolkswagen.eventhough kereta dorang mahal tapi tax insurance apa semua murah. even cafe pun byk gila local punya.starbucks,coffee beans,dunkin donuts jarang la nampak orang masuk.yang penuh cafe local yang kiut miut tu.




so our first place pegi ke Gyeongbukgung.dari incheon ke bandar seoul dalam sejam.dah la mengantuk and penat walaupun dah byk kali tidur dalam flight tapi penat gila ok.sampai2 je kena gi tengok palace dengan temperature -13'c tu.sungai/lake semua dah jadi ice.swimming pool pun dah kosong and penuh dengan snow je.

anneyeong heseyo!~ sampai je kat Gyeongbukgung memang banyak la petrol2(guard).lepas satu satu petrol kena lepas sebab situ kawasan president duduk.orang2 besar mesyuarat kat situ.


lawatan sambil melancong

our tour guide mr yun

 test 'asap' tapi tak berjaya


 mula-mula je rajin menyalin.muahaha.pastu tangan beku-.-

 depan blue house tempat president tinggal.

 petrol/guards


blue house tu tempat president duduk.guards dia change every 2 hour.kalau aku memang tak larat nak diri kematu kat situ dua jam.dah la sejuk gila.aku yang pakai winter coat pun dah menggigil.apatah lg dorang.mungkin dah biasa kot.




Gyeongbukgung ni istana utama kat korea.dah pernah dimusnahkan like 70% kot sebab perang dengan Jepun dulu.but then year by year dorang refurbished balik istana tu.ok so masuk2 je nampak garden.lawaaa gilaa.walaupun tasik da jadi ice tapi still lawa.i wonder how it looks during autumn.dengan bunganya lagi.hmm... (: 


 the garden

muka budak seluar merah dapat hidayah-___-  in front of the garden.mata sepet sebab mengantuk dan silau.
 :)

potret rombongan sekolah 

first skali pegi national folk museum.kat sini actually dia cite macam mana rakyat korea dari lahir sampai la dah mati.kalau nak tahu cara hidup dorang dengan lebih mendalam bolehlah pegi kat sini.memang menarik tapi agak bosan bagi budak2 kecik dan sewaktu dengannya.hahaha


 tempat simpan uri bayi style korea.

 cara depa kahwin.aku pernah terbaca.tak tahulah betul ke tak. kalau pengantin perempuan ada letak tanda merah kat pipi maknanya dia period time tu.tapi motif kau nak bagi tahu kat semua orang??hahaha

 ni keranda.berat gila ok.kalau orang mati dia akan angkut si mati dalam keranda ni.

then keluar dari musuem jalan kaki pegi queen punya palace pulak.biasa je tak banyak sangat decoration.queen and king punya palace diasingkan.sebab apa?aku pun tak ingat sebab apa.hahaha.lagipun zaman dulu king ni ada banyak bini.semua bini2 dia tak duduk dengan dia.wall decoration pun queen yang buat sendiri.gila rajin queen dorang zaman dulu.takde nak pakai orang upahan.die sendiri yang buat.
ketua rombongan di bahagian depan diikuti budak-budak Sekolah Waktu Cuti (SKC)


 queen palace.nak tahu perbezaan palace queen ngan king, dinding tu ada corak2 yang queen decorate sendiri.amazing kan?

 yun membebel apetah . aku malas nak dengar dah.hahaha selok tangkap gambar

akhir sekali pegi pun main palace (Gyeongbukgung palace).tengok gambar tu yang tgh sekali untuk king jalan.kiri n kanan tu untuk orang biasa je.sebab tu tinggi sedikit tile yang tengah tu.konon special la kan.kalau macam tu rumah aku nanti pun nak buat camni.tengah2 untuk aku ngan laki aku.anak2 jalan tepi.hahaha


 tengah untuk king jalan.kiri kanan untuk orang biasa.

 finally this is Gyeongbukgung Palace.

curious jugak nak tahu apa dalam tu tapi hmmm nothing special pun.

macam pro je aku tangkap gambar ni.hahah

then naik bus pegi ke Hanuk Village.village kecik je dalam bandar.tempat ni pun untuk tunjuk cara hidup masyarakat korea dulu macam mana.time ni aku dah malas nak tulis apa yun ckp.lebih kepada tangkap gmbr je:D


basah woi seluar aku duduk atas ais tu.saja cari pasal.haha

 baling stick tu sampai masuk dalam bekas tu.untuk dapat jodoh ke apatah.aku dah lupa.tu la tak tulis lagi-.-  tapi aku tak dapat pun masukkan;( tengok la tu semua jatuh ke bawah.jodoh tak smapai lagi kot.hahaha

 lesung batu dorang.hahah suka hati aku je.kalau besar camni memang boleh buat belacan stock 2 bulan-.-

 ni hamba abdi je.hahahah.tengok rumah dia tinggal pun miskin.pintu tu dia guna paper je
(zaman dolu-dolu)

 orang lain dah jalan ke depan ,aku siap bukak winter coat nak tangkap gambar.sejuk nak mampos.


amazing structure

time ni kelakar ouh.minah ni tengah baca berita ke apa tah tapi ayah aku sibuk duk tangkap gambar minah ni.so dia tak dapat nak focus.asyik kena cut je.hahah kesian dia dah lah tak pakai winter coat.even PD dia pun pakai winter coat dah macam jubah kot.hahah.

masa nak turun balik pergi kat bus kan, ada gerai jual fish cake.kat korea ni famous fish cake tu.yumyum!makan ngan soup panas2.alaa macam yong tau foo.tahu?.aku teringat cerita boys over flower yang Gu Jun Pyo makan fish cake kat gerai tu nampak sedap gila.sekali kaaaannnnnn memang tu gerainya.ya Allah aku ngan cousin aku excited gilaaaa.excited macam jumpa Gu Jun Pyo.hahaha.aku nak tangkap gambar tapi tetiba phone aku mati.psycho betul la.nasib baik ada phone cousin.kteorg tahu tu gerai Gu Jun Pyo makan pun sebab mak cik tu letak gambar mamat tu tengah makan kat situ.heeeeeeeee:D
kteorang lunch lambat sikit dekat Taj Palace Restaurant yang terletak dekat Itaewon.restaurant indian muslim.masuk2 je dengar lagu hindustan.makanan dia tak banyak sangat choices tapi pedas.ayam tandoori dia paling aku suka sebab pedas.aku rasa dia guna cili korea tu la.hahah.

 halal restaurant at Itaewon (Taj Palace Restaurant).restaurant ni terletak kat 2nd floor.

 spaghetti dia sedap!ayam pun sedap sebab pedas berdesing.berair hidung makan.hahah

 kau sampai je nanti dia hantar roti kat meja.panas lagi baru buat.crunchy!dap dapp...

 dessert dia.tak tahu apa nama benda alah ni tapi rasa macam bubur jagung.ada sagu dalam tu.manis gila.gua tak tahan manis2 ni

then solat kat masjid area situ jugak.cuma masjid ni terletak kat atas bukit sikit so kena la menapak sikit ke atas.Yun tanya kenapa ada perempuan yang tak solat.hahaha diam je.tak tahu nak cakap macam mana.-.-
 
 solat kat masjid di Itaewon.pintu gerbang dia besar.ingatkan dah tak payah nak menapak .rupanya kena naik tangga lagi untuk ke masjid.



pastu naik bus untuk ke gimpo airport.apa airport lagi??yeee pegi airport untuk ke jeju island.penat wehhh.aku dah la mengantuk.mata pun nak tak nak je bukak.on the way nak ke airport, pacik bus pasang cd live concert psy.adoihhh memekak betol la.dah la kuat gila pasang.aku nak tidur pun tak lena.kalau pasang lagu2 ost cerita korea layan la jugak.ni pasang lagu orang tua tak sedar diri tu.sorry la.gua tak minat la psy si gangnam tu.hahaha tak pasal2 je lepas geram kat sini.kteorang naik jin air.sini takde syaitan air ke ape ye.jin je ada.hahaha.so dari gimpo airport ke jeju amik masa 50 min.memang aku tidur mati.haaa yang uniknya jin air ni steward n stewardess pakai t-shirt,jeans,sneakers and cap je.takdek nak pakai uniform kain terbelah ke ape.sempoi giloo.tapi takleh nak amik gambar dorang nanti kena marah.hahah.


 pandai dorang ni jalan ikut lampu hijau.kalau kat malaysia hijau ke merah ke main bedal je jalan.only in malaysia.hahaha

 laluan pejalan kaki yang ada atap sampai ke parking.bersih je.

 mak aku kata nak cari bus kteorg cari yang paling buruk.hahahah.sana memang banyak sangat tourist bus.walaupun buruk tapi bersih je dalam tu.besar pulak tu.sorang 2 seat :D kau tengok orang korea eja express camne.hahahah

sampai je kat jeju naik tour bus pergi dinner kat seohaean-ro.aku taktau apa nama kedai tu tapi dia terletak kat situ la.aku kan buta huruf mana reti nak baca tulisan korea.mostly tourist mkn sini sebab aku tengok banyak tourist bus kat sini.15min je dari jeju international airport.makan seafood soup.dorang punya seafood soup ni dorang letak segala ketam,udang,kepah,ngan macam2 jenis seafood,tauhu,sayur2,ngan soup je.mmg rasa manis seafood betul la.takde nak tambah ajinamoto ke minyak ke.sebab tu makanan dorang healthy dan tak berminyak.if ade minyak pun sikit sangat.sedap makan panas2 cmtu sebab kat luar sejuk.pastu dia bagi mee maggie tu tapi takdek perencah la.kau campak je maggie dalam soup tu.sedappp!tapi lagi sedap kalau soup tu kaler merah yang pedas.sayangnya tak dapat rasa pun soup tu sepanjang aku kt sana;(


 seafood restaurant.sedappppppppppppppppppppp

 seafood gedabak dia letak penuh periuk tu.memang la rasa seafood sebenar

macam-macam adaaa

 kimchi(belah kanan sekali) dia mak aihh pedasss.aku minta tambah banyak kali.family aku memang suka makan kimchi.

 aku.cousin dan adik perempuan aku

 nah saje letak banyak-banyak gambar ni kasi korang terliur.muahahahaha

 sudu dorang panjang2.best la.feel dia lain bila makan soup/nasi guna sudu panjang macam tu.nak beli gak bawak balik malaysia.lepas ni datang rumah aku makan guna sudu panjang2.hahah

 campak mee maggie dalam soup.yum yumm


 sotong dia sedap la!kat pasar kita ada jual ke eh sotong macam ni?tak pernah nampak pun.or sebab aku jarang pergi pasar?hahaha



pastu balik hotel.bersyukur sangat sampai kat hotel sebab gila tak sabar nak tidur.time tu baru pukul 8 kot?pukul 8.30 cmtu kteorang dah tidur sebab semua penat gila.hotel kteorang gumho hotel kat tengah2 bandar jeju.dekat je ngan airport.dalam 5-10 minit kot?aku share bilik ngn cousin.besar la bilik dia sebab dua orang je duduk.pastu lampu dia automatic bukak kalau kau lalu situ.if tak lalu dia tutup.bilik mak aku pulak lampu dia bergurau-gurau.tengah mandi jap lagi dia tutup.hahaha mahu tak terkejut?nasib baik toilet aku ok;) 


 bilik aku dengan cousin.memang feel korea betul.masuk2 je ada selipar tu.lantai dia pun warm je sebab heater dorang pasang kat bawah lantai.patutlah dorang suka tidur kat lantai.

 katil besar.siap sambungkan lagi.tapi bila tidur dua dua berkepit sebab sejuk.hahaha


HaHa oppa.aku tak tahu ni rancangan apa tapi HaHa ada dalam tu.layan reality show dorang dan akhirnya tertidur...nite jeju :)

5 comments:

  1. yg ada HaHa tu mst running man ye dok haha .

    ReplyDelete
  2. takk bukan runningman.taktau la show apa.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Waaa bestnyaaa! I like reading your travel entry. Now macam rasa nak pergi jugak. >v< Do share more!!

    ReplyDelete
  5. infinity challenge ! KBS kan? Hehe

    ReplyDelete