Friday, 18 January 2013

KOREA DAY 2


 still kat jeju island lagi.morning call at 6 am.bagus dorang ni.hari2 dapat morning call.hahah.breakfast at 7am tapi kite orang melayu ni mana nak tepati waktu.aku rasa sepanjang kat sana Yun sorang je yang punctual.hahaha.7.40am baru aku turun makan.tengok2 family lain semua tak turun.dorang makan dalam bilik je rupanya.family aku je yang turun.orang korea ni pagi2 makan nasi.takdenya nak english breakfast ke apa.ada nasi,bubur kosong, kimchi,ikan bilis macam goreng berlada style dorang, soup sayur,tauhu,sardin.roti tu ada la juga tapi tekak aku pun jadi korean nak makan nasi.poyo gila.muahaha.

aku memang suka makan korean food ni so tekak tak kembang ke kecut ke apa.cousin ngan mak aku la memilih sikit.so pagi2 aku panaskan sambal tumis ikan bilis pastu bawa turun gi hall makan.kalau dah melayu tu sambal jugak yang depa cari.





bubur, kimchi(aku tak tahu sejak bila jadi hantu kimchi.pagi2 buta dah melantak kimchi),tauhu and sardin

soup sayur dia sedap!

sambal tumis ikan bilis made in Malaysia makan dengan bubur kosong.peerrhhhh



lepas makan pukul 8 keluar hotel pergi Seongsan sunrise peak.kalau korang nak tahu, pulau jeju ni sebenarnya dari longgokan larva gunung berapi yang akhirnya mengeras and jadi sebuah pulau.sebab tu kalau pergi jeju tanah dia subur je.tanah hitam pulak tu.memang banyak sangat dusun buah oren kat sini.lebat gila buah oren dia.geram aku tengok!aku tak ingat bape minit dari hotel tapi lama gak la nak sampai seongsan sunrise peak tu.boleh tidur la dalam bus.dah la hujan pagi tu memang sedap je lps makan nasi tidur dalam bus.hahah.

sampai2 je kat halla mountain Yun pegi beli rain coat sebab hujan.2000won (rm6.00) satu.keluar je bus sejuk nak mampos!hahaha.hujan renyai2, angin tiup kencang gila.aku yang gemm comel2 ni pun jalan tak stable.macam orang mabuk aku jalan.hahah.dah la pagi2 kena hiking nasib baik tak naik sampai atas sekali walaupun tu la tujuan org pergi situ tapi den tak larat.kteorang benti kat platform 1 je.lepas dah tangkap gambar turun balik.hahaha.kalau tak hujan and angin tak tiup kencang macam tu memang dah naik sampai atas.sebab tu  trademark jeju island.halla mountain ni bekas gunung berapi yang da meletup.


nampak tak keseksaan yang terpancar kat wajah aku tu? :O

jalan pun tak rata.susah woi nak jalan.ada tu yang pakai heels.gila apa?




semua excited je muka bila camera hala kat kteorg.mak aku sorang masam mencuka sebab sebuk nak betulkan handbag dia.hahaha


eh aku tak tahu kenapa kaki aku posing macam tu.banyak gak gambar aku yang kaki macam tu.apa masalah tah

potret sekolah kami.sedih betul gambar sekolah kena pakai raincoat :(

from left: eskimo,myanmar,awek korea.muahahaha.ok tak lawak

tinggi tahu nak panjat.tercungap-cungap aku

kalaulah boleh terbang...

macam cool je gambar ni.hahah

view dari atas.boleh nampak laut and bandar jeju
musim sejuk

musim panas.gambar ni diambil masa kat atas sekali.so tengah2 tu ada kawasan lapang yang penuh dengan rumput2.gambar adalah hasil mr google.

baru koreaaa tangkap gambar buat love love macam ni.hahaha

nah awek gangster korea.kau apahal dik oii?

banyak artis pernah gi kedai ni tapi tutup pula masa ni.i iz sad;(


aiskrim dia nampak tempting gila!tapi hanya mampu tengok je.i iz double sad ;(
senget benget gambar ni

boleh pula masa ni ayah aku terlajak ke depan sana nak cari bus.padahal bus depan mata je.punyalah banyak bus kat sini

pastu naik bus gi Seongeup folks village.kalau nak tengok perbezaan org korea jeju dulu ngan seoul boleh pergi folks village.rumah dorang sangat berlainan.sebab dulu dorang di jajah oleh jepun .atap rumah lain,pagar pun ada makna2 tersendiri.dapur lain semuanya lain.
 


nampak kan perbezaan rumah orang jeju dulu2?

tak habis habis dengan peace.mentang2 kau dekat korea sekarang.takpelah biarlah dia.asalkan dia tak kacau orang lain.hahaha

pak cik ni kelakar weh.dia punya pelat buat aku nak tergelak je.

lama gila dia bagi mukadimah kat pagar ni
pak cik ni nak bagi kteorg masuk ke tak???


alhamdulillah dapat masuk juga.

dia kata kalau nak kaya,usap perut stone tu-_____-


belanga untuk dibawa oleh wanita pergi catu air kat mountain kerana jauh dari laut

pak cik tu ceritalah perempuan dulu-dulu kat jeju ni boleh tangkap hasil laut tanpa guna tong oxygen tu selama 6 minit.kau boleh?pastu dia cakap perempuan kerja dia pergi amik air kat halla mountain sambil bawak belanga berat tu .aku dah try angkat berat gila okayy.then macam biasalah perempuan kena masak,jaga anak,mengemas.lelaki buat apa?
lelaki jeju zaman dulu perangai macam bingai. lelaki dianggap sebagai ketua.so keje dorang mengembangkan zuriat.itu je.hebatkan? muahaha.so dorang boleh kahwin ramai-ramai.berapa orang bini pun takda hal lah. janji perempuan tu beranak ramai-ramai.lelaki tak perlu buat semua tu.sebab dorang nak mengumpul tenaga untuk diguna malam hari

-________-



atap pun lain.boleh bukak tutup

dalam rumah takde chimney untuk elak musuh tahu dorang ada kat dalam rumah masa tengah masak.boleh nampak atap dorang hitam sebab kena asap.


periuk berat nak mamp ni mesti diletak atas stone je.so bila musuh datang dorang boleh guna benda tu as a weapon.2 in 1 u knowww

disebabkan zaman dulu tiada piping sistem untuk pump air rumah ke rumah.so dorang akan buat filter kat pokok2 untuk dapatkan bekalan air selain daripada suruh perempuan catu air kat mountain.bila hujan/atau embun air akan turun dari daun sampai la ke tempat filter tu.and belanga kat bawah tu untuk kumpul air yang dah filter.


cara depa filter air.pandai kan?

tempat letak baby.tak sakit ke kepala baby tu?



dia tunjuk belanga dorang ni.yang selama ni aku ingatkn dorang buat soy sauce je dalam tu rupanya ada buat omija jugak.mula2 dengar omiga sebab pak cik tu cara ckp dia lain sikit.memang kau kena pikir banyak kali ape dia cakap.pekat sangat pelatnya.aku tahan gelak je dengar pak cik tu briefing.hahaha.tapi dia sporting gila.oh dah meleret cite benda lain.haha omija tu 5 flavor berry yang diperap dan dibuat air.takde mabuknya sebab ni omija tea.bukan liquor


dalam belanga ni ada 5 flavour berry.ada rasa manis,masin,masam,pedas,pahit.terpulang pada taste bud korang rasa dia macam mana.haha.taste bud aku rasa manis dan masam.


only in jeju


halamakkk heavennya rasa dapat duduk sebelah heater.hahaha

cara nak minum:bancuh omija dengan air kosong dan minum.haha senang je


rasa macam ribena.sedap! omija ni bagus untuk kuatkan our heart and lungs,rendahkan blood pressure and boosting our immune system.family aku beli satu.harga if im not mistaken 30 000won (rm90.00).
omijaaaaaaa


pastu beli 3 horse oil untuk anti wrinkle.ceh kantoi dah ada wrinkle.hahaha.
yang ni 50 000 won (rm150.00 sebotol)


then pergi lunch.masuk2 je wow besar gila restaurant ni.aku rasa restaurant ni memang untuk tourist kot.sebab kteorg family pertama yang sampai.and meja2 lain semua dia dah set up makanan.lauk semua sama setiap meja.cara dorang masak,bila customer sampai je baru dorang bukak api tu.kiranya customer masak main dishes sendiri la.ala just bukak api kacau2 tunggu menggelegak pastu makan.sonang jo.



dah macam kantin sekolah




lauk kali ni sotong ngan vegetables.aku ingatkan pulnakji(sotong yang pedas gila tu).tapi hampeh.tak pedas langsung.budak2 suka la makan.aku pun suka jugak tapi aku mengharapkan lauk yang pedas.hahah.sedap jugak makan tu.pastu ada sea kelp soup.memang best sejuk2 macam tu makan soup.ha orang korea ni aku tengok dia minum air kosong je.takdenya nak order air teh tarik ke,milo tabur ke,orange juice ke,limau ais ke.semua meja minum air kosong je.termasuk kteorg.mula-mula macam ekelehh air kosong je ke dia bagi?bayar mahal2 air kosong je dapat?fresh orange ke takdek?rupanya memang macam tu dorang makan.bagus betul la cara pemakanan dorang.lauk pun tak oily and berlemak.banyak makan sayur dan minum air masak.patot la kulit lawa.pastu wajib ada kimchi dan side dishes lain macam ikan bilis berlada,sayur taugeh,sayur bayam,tauhu,seaweed n apa2 jela.kimchi tu bagus untuk constipation,prevent cancer n apetah lagi.tapi kimchi is a healthy food la.bagi first timer mungkin tak suka sebab rasa dia masam2,pedas,masin,pastu macam bergas sikit.dah lama2 tu sedap pulak.aku banyak kali mintak refill kimchi sampaikan semua orang tahu aku suka makan kimchi.hahaha.ayah ngan adik aku pun suka.aku rasa family kteorg je yang asyik minta refill.hehe.

tergoda betul bila tengok balik gambar ni.nyumnyumm



budak pelahap ni kalau makan mana nak kisah dah table manners.hahah

makan panas-panas.banyak gila vege!sotong kurita dia sedap!lauk dia memang banyak sebab share 4 orang je.bagus sifat dorang ni.tak kedekut.i loikeee :)

semua happy bila time makan.lagi2 budak baju merah tu.haha

tengok Yun dia kalau posing mesti buat peace.aku pun dah terikut dia.hahah

makan nasi dengan seaweed macam tu pun dah sedap!


lepas makan masa untuk solat pulak.disebabkan tempat tak berapa nak convenience so kteorg decide untuk solat kat hotel. yela nak amik air sembahyang kat toilet yang takdek air panas.gila kau.sejuk gila air dia.mahu beku muka tangan nanti.hahah.terpaksa la skip satu trip which is glass castle.takpelah kteorg pun da penat gila time ni sebab pagi-pagi dah pergi hiking.padahal hiking tu pun sampai platform 1 je pun.tapi penat mengalahkan orang yang hiking sampai ke atas.nampak sangat jarang bersukan.hahaha.

penduduk kat jeju rajin menanam sayur.paling banyak dorang tanam radish untuk buat kimchi/soup


on the way nak ke hotel pergi Mysterious Road.apa yang mysterinya?berhantu ke?takdelah.cuma dia sebelah kubur je.hahah.erm yang misterinya jalan tu adalah kerana apabila korang freekan gear kereta,kereta korang akan bergerak dengan sendirinya mendaki bukit.actually it just your illusion.jalan tu sebenarnya menurun bukit tp kau nampak macam naik bukit.that's why kereta kau bergerak ke depan.patotnya kalau naik bukit kereta gerak ke belakang la kan if kau free gear?tapi ni dia menurun.tu je cite dia.kau paham ke aku cerita ni?hahaha.budak2 kecik dan ibu2 yang tak paham apa2 semua macam 'ekelehh...' 'bende ni pun nk jadikan attraction'..aku pulak 'fuyohhh kereta bergerakkk..' hahaha .aku kalau tengok benda pelik sikit mesti jakun.hahah.





nampak macam mendaki bukit kan?padahal menurun bukit



apa masalah budak ni?

masalah lagi..

hye orang kelantan!kat sini pun banyak KB mall.hahaha.


sampai hotel solat and turun balik untuk shopping kat Tapdong market.murah jugak tapi tak beli apa2 pun sebab mostly jual baju2 winter.yela tengah winter kan .bagi aku membazir je kalau nak beli baju winter sebab bukannya kat malaysia boleh pakai pun.lainlah kau pegi tempat2 sejuk setiap bulan.yang mahalnya kat sini beg2,mafla,and benda2 kecik2 yang comel2 tu.if winter coat and kasut murah la kot?kau kena pandai bargain.kalau tak rugi je beli mahal2.sebab kat seoul banyak lagi yang murah2.aku nak beli mafla untuk pakai masa ski nanti tapi Yun tak bagi dia kata time ski tak boleh pakai mafla tu.nanti basah.okay Yunnn..okayy


haa other things yang menarik kat korea ni,kebanyakan kedai2 akan letak gambar artis yang pakai barang dorang/yang pernah dtg kedai dorang/yang jadi duta dorang.memang dia letak besar2 poster tu kat depan kedai.aku tangkap gambar ngan poster je depan kedai tu bukan masuk pun.hahaha.


masing-masing menunggu giliran nak tangkap gambar depan kedai.haha.nampak tak baju merah dan si tudung purple yang selok tangkap gambar tu.hahah

nokk jugokkk.tu HaHa oppa.Ji Hyo,Gary pun ada juga!




coffee house comel lote ni hanya mampu pandang je



branded store

siapa nak?dia letak tepi jalan je ni.haha.kalau kat malaysia agaknya dah kena curi kot?

banyak stall makanan macam ni.bersih tetapi hanya mampu pandang dan telan air liur.gulp


aku shopping jagung je.bolehlah daripada takdek kan.hahaha.jagung dia lain gila cuma kaler je sama.texture dia macam pulut dan rasa lemak sikit.aku tak suka tapi ayah aku tak habis2 ckp sedap-.- bagi aku biasa jela.aku lagi suka jagung malaysia :D






yang paling bestnya kau gi market taraf petaling street pun ada wifi.senang cite memang sepanjang jalan la ada wifi.kadang2 je tak dapat.canggih betul la korea ni.


lepas dah penat shopping jagung, pi yongduam rock/black stones.mula2 aku blur gak amenda la bawa kteorg kat tepi laut banyak batu2 hitam.rupanya dah turun bawah tu baru tahu.ada batu kepala naga.maksud aku batu tu bentuk dia macam kepala naga.tu jeeee.tah hape2.layan jela dia dah bawak situ kan.hahaha.mak ayah aku dan warga emas yang seangkatan dengannya tak turun pun.hahaha.
mak aku, nabilah dan zul (dua beradik je pergi)




yang pegang camera ayah aku.memang dari jauh jela dia tangkap gambar kteorg

semakin jauh

lagi jauh...sadiss


budak masalah ni aku tak tahu la apa problem dia.layan jee sebab dia je adik laki aku.hahaha

ni lerrr kepala naga tu

sotong kering.jangan pikir lain ok.hahah.nama je sotong kering tapi lembap sebab sejuk



kteorg masuk souvenier shop area situ ingatkan nak beli la fridge magnet jeju ke apa sekali baru je nak masuk semua lari keluar.yang tak boleh blahnya lelaki2 MELAYU pun jerit keluar.rupanya ada anak anjing dia lepaskan macam tu je dalam kedai tu.hahaha.adik perempuan aku da macam paranoid gila ngan anjing.ingat lagi masa kat Hastings dulu ada banyak gila anjing mat saleh ni bawa.pastu adik aku tak pikir panjang dah dia nak lari ke jalan sebelah.da la banyak kereta time tu.haihh sabo jela.budak2 kan.nasib baik takda kucing,kalau tak memang aku yang lari.ihik!:-P



pergi dinner kat restaurant seafood.main menu dia ikan mackerel bakar.aku rasa dia tak letak garam pun kot tapi sedap la sebab rasa fresh je.ngan telur dadar yang dimasak dalam  stone bowl yang panas tu.macam biasa la ada side dishes dengan seawood soup.







ikan mackerel bakar




telur yang dia masak ni pun sedap!telur biasa je takde letak apa2 pun tapi cara dia masak tu yang buat telur ni gebu :)


seaweed soup!
tauhu yang tak masak cicah ngan cili.makan macam tu je.siapa nak muntah sekarang?hahah.aku suka makanan pelik2 ni.huahuahua


then balik hotel.disebabkan awal lagi and tak penat sangat so layan runningman sambil makan tangerine from jeju.manis gilaaa.teringat cerita my girls yang perempuan tu curi orange kat dusun tu pastu selumber badak je dia jual kat tepi jalan.hahaha.cara dia makan oren tu pun nampak manis gila je.memang betul pun manis.jeju punya tangerine memang terbaik la :) pastu esok pagi sakit perut.muahahaha padan muka aku!




2 comments:

  1. Thank you for coming dear...will be visit korea soon...nice sharing!

    ReplyDelete
  2. you're welcome:) im sure u will enjoy korea!

    ReplyDelete