Friday, 25 January 2013

KOREA DAY 3

well ni last day kat jeju.sebab kena balik ke seoul semula.macam biasa 6 am morning call.7 breakfast.malas nak tangkap gambar sebab makan benda yang sama je.pukul 8 dah turun lobby untuk check out.8.20am pergi jeju international airport.sekejap je dari hotel nak ke airport.5-10 minit camtu.pastu naik jin air lagi.style do naik jin air.selalu dalam kapal terbang pasang lagu macam kat spa.tapi jin air pasang lagu k-pop.walaupun aku tak pernah dengar aku layan jela.flight kteorg pukul 10 pagi .





off to airport


suruh adik tangkap gambar bagi nampak tulisan ' jeju international airport' haraammm tak nampak apa

handbag yang sangat berjasa sampaikan zip pun rosak.sayangnya :(

tangkap dengan jeju air tapi sebenarnya naik jin air

selagi boleh online.memasing akan keluarkan hp bila dekat airport.mentang2 wifi laju.amboii

kau tengok tu.berderet beg kteorg beratur.dari counter sampai ke belakang.hahaha

cloud bed
penuh dengan snow gunung2 tu.indahnya ciptaan tuhan :)

aku tak tahu kenapa aku suka sangat masuk toilet dorang lagi2 kat airport.hahaha tak ke canggih siap pasang bidet?! nak pasang kat rumah pun tak mampu lagi.yang kelakarnya aku mana paham nak baca tulisan korea, so main tekan je button2 yang ada.sekaliiii hamik kau terpancut air kuat gila dari belakang!perhhhhhhh sakit gila

seoul dah mula nak mengada-ngada sejuk.

lawa kan design nak ke subway

haaa baru aku tahu kenapa dalam drama korea tetiba hero u-turn sesuka hati je.rupanya kat sana u-turn punya sign macam tu.

sampai je kat gimpo airport terus gi restaurant.aku ni selalu berharap dapat jumpa artis2 korea kat airport ke,tengah shooting tepi jalan ke,terserempak dengan runningman ke.akhirnya dapat pun jumpa artis korea.masa pergi restaurant tu dia ada kat situ.rupanya dia owner restaurant.banyak gila gambar2 masa dia shooting dia letak kat wall.memang penuh dengan muka dia je kat kedai tu.hahaha.

titew nawk jumpew artisss.titeww tukeww tangat tangat!-.- watdehekk




turun je tangga dan anda akan nampak board besar ni.yes itulah kedainyaa

nama dia Ju Shin Jung.famous wehhhhh!tapi aku tak kenal.pelakon veteran pulak tu.so sad man.so sad.muka dia macam familiar.ahh janji dapat jumpa artis.pastu bangga gila cite kat kawan-kawan tapi dorang tak kenal.muahahahaha.Yun kata dia famous gila masa zaman muda2 dulu.skang ni pun berlakon lagi and masih busy.so kteorg ni kira very lucky la dapat jumpa dia kat restaurant sebab dia jarang ada kat situ.Yun pun baru dua kali dapat jumpa dia walaupun dah banyak kali bawa tourist makan kat situ.
wall of fame.amboi atok kemain lagi tampal gambar sendiri kasi penuh dinding kedai yo

famous amous sampai aku pun tak kenal dia ni siapa.tapi muka macam familiar la atokkk

siapa tah cakap pak cik tu ibarat Aaron Aziz masa muda la.nanti dah tua anak-anak kita mana kenal.hahah.sampai2 je kat situ,dia greet kteorg.dia bagi calling card dia tapi muka waktu zaman kegemilangan dia.hahaha.lain benor dengan sekarang.sekarang tua sangat dah-.- kalau jumpa tepi jalan pun aku mesti tak kenal.muahaha.



atok yang friendly ni siap pergi kat each of us bagi calling card dia.gambar tu tak tahann

sila tengok map yang dia bagi kalau nak pergi ke restaurant atok femes

kat restaurant ni pun makan ikan lagi,sea kelp soup,telur.lauk sama je.bosan pulak aku.tapi sedap la jugak.


aku ni kalau tengah makan semua gambar muka tak senonoh-_-



telur dadar pun ada




lepas makan suruh Yun panggil atok femes ni sebab aku nak tangkap gambar dgn dia.tetiba ayah aku mencelah kat tepi tu.so bergambar dengan atok femes dan atok kurang femes

aku ingatkan benda ni kena picit baru keluar sabun macam perfume britney spears tu.sebab masa tu takde lagi buih2.kering je.rupanya tak payah picit.just ramas2 sabun tu.malu jee.creative sangat pun boleh menjatuhkan maruah aku juga.hahah


kalau nak pergi restaurant tu, cari la bangunan yang ada signboard camni.aku tak reti nak baca nama bangunan so tunjuk gambar je mampu.hahaha


lepas dah mencekik kteorg ke Soerak mountain.it took about 3 hours.lemau bontot wehh.aku dah banyak kali tido.bukak mata tak sampai lagi.sambung balik tido-.- on the way nak ke sana, masa kat bandar seoul lagi ada banyak gila jambatan sepanjang Han River.about 27 bridges and semuanya different design.kalau tengok cerita korea dorang banyak berlakon kat bawah jambatan tu.


swimming pool yang penuh dengan salji.

ni siling bus.kemain lawa lagi corak dah macam corak baju kurung mak aku je.hahaha


lagi sejam nak sampai ke soerak mountain singgah kat service shop.beli coffee and hot chocolate.satu 2000won(rm6.00).



tasik pun dah beku

sepanjang perjalanan tu makin tebal salji kat luar.subhanallah lawa sangat pemandangan!kat seoul salji tak tebal pun.kat area2 mount soerak memang tebal




but before that,pergi museum teddy bear dulu.ayah aku kata buang masa pergi situ.hahaha biasalah lelaki mana suka tempat2 macam ni.tapi tengok banyak pulak dia bergambar kat situ.hahaha.comel2 je bear dia.creative gila dorang ni.semua bear yang dia buat sangat terperinci ok.


alolololo romanticnyaaa.kita pun nak jugak camniiii


start form 1 tak pernah lagi celebrate birthday dengan kawan2.so teddy bear yang konon berhati mulia ni buatkan kita majlis hari jadi.so sweet

rumah teddy yang dalam pokok.kecik nonet je teddy bear ni tapi zoom nampak la besar sikit


HOI BUAT APA TU?

HAHAHIHU!

awak sejuk eh?meh kita pakaikan coat.kita sejuk takpe asalkan awak rasa warm.baik tak aku?hahaha

melayan perasaan dikala orang lain menggigil kesejukan

kenapa rumah awak lagi kecik dari awak?camne awak masuk?cecite cecite


looking for someone..where are you baby?where?!


finally!kenapa duduk sorang2.

meh I temankan..*poyo gila adik aku ni.pengaruh drama korea byk sgt



mama bahagia apabila kawan dia perut pun lebih kurang sama.baru la kawan sejati kenzzz


hahahah!yang ni hmm taktahulah kenapa dia posing cenggitu.mungkin sedang menari ballet?

pelik eh asal aku tak pakai winter coat?aku pun pelik.orang lain semua sejuk menggigil tapi aku rasa panas.mungkin banyak makan seaweed soup.ada kene mengena ke?hahaha



masa ni Yun offerkan diri nak tangkap gambar kteorg nak lompat.sedia..



LOMPAT!





dan inilah hasil jurugambar yang profesional.terima kasih Yun.terima kasih sangat sangat



nabilah dan zul.

parents aku ni nak sangat tangkap gambar tapi tak sweet langsung.aku bebel2 suruh rapat la sikit.peluk laa.sebab muka masing2 takde perasaan.hahah


inilah hasilnya.*wink* baru nampak MACAM pasangan romantic. romantic la sangatttt...hahahaha

tengok kteorg ni.kan sweet gituu

toilet comel lote ni harap comel je lebih tapi bau dia ya ampun tak jadi nak membuang


jom skodeng orang tgh membuang.teddy punya seluar pun dia bukak.hahah




adik aku duduk kat floor tu satgi ayah aku kat belakang dah bising2 kata kotor la apalah.hahahah mahu tak tensi adik aku nak tangkap gambar


kemain beriya lagi aku panjat.adik perempuan aku nak panjat tak boleh sebab kaki pendek.hahahah

alalalala kesiannya dia perut dah leper asyik orang duk atas tu ekk. nak lemak kita tak?



dan disebabkan teddy bear museum la kteorg tak sempat nak bergambar kat soerak mountain.sebab dah gelap.tak nampak gunung yang lawa tu:-( soerak mountain ni terkenal dengan mapple tree.kalau tak silap telinga aku ni dengar lah.setiap musim akan berubah colour daun tu.cantik!tapi sayangnya tak dapat nak tengok.


harga ticket ke soerak mountain

soerak mountain yang tak berapa nak nampak

tangkap guna phone je memanglah gambar macam haram.dengan gelapnya lagi.nak harapkan flash hp memang tak lah



Yun bawa pergi temple.kite yang orang islam ni mana la minat sangat kan nak tengok benda camnie.tapi kena la layan.da la jauh masuk ke dalam hutan tu.gelap je jalan penuh dengan salji.sampai2 je hamik kauu besar nak mampos patung buddha dia.Yun kata patung tu dibuat untuk menyatukan korea utara n korea selatan.time tu masing2 diam je.Yun sorang je bercakap pastu muka masing2 macam bosan.kesian pulak aku tengok Yun.dia tanya any question?semua diam tahap bunyi cengkerik.tak sampai 5 minit kat atas tu dah turun balik .hahahaha.


mengharapkan cahaya dari kedai je.hahahah sedih siot takde camera sendiri


kteorg dinner kat mana entah.makan bibimbap.nama macam nak babap babap je.hahaha.bibimbap ni nasi yang ada lauk kat atas dia.mula2 dia akan panaskan bowl tu bila da betul2 panas tahap berasap tu dia letak nasi.then dia susun seaweed,sayur2 yg dah masak,mushroom,kimchi and atas sekali letak telur goreng.cara nak makan kena gaul kasi rata nasi tu.kalau ada sos cili lagi sedap.macam nasi goreng tapi version korea.tawar hebeh tapi dah lapar bedal je.aku letak soup sikit kasi ada rasa.hahaha.


sampai je bibimbap tahap nak babap babap tu terus je gaul nasi tu kasi rata semuanya.pastu mencekik la kau sampai licin.tawar pun bedal je.dah lapar kan.kena makan untuk hidup.hahaha.hati2 sebab bowl tu sangat panas.

then pergi market tepi harbour.bersih gila market tu and tak berbau pun.kalau bersih macamtu aku pun rajin nak pergi pasar.cehh bagi alasan en.hahaha
ni bukan chalet tapi toilet berhampiran dengan market.kurlasss kauu

bayangkan kau pergi pasar borong selayang siap tangkap2 gambar macam ni.tak ke pelik orang tengok?hahaha

ada jual macam2 jenis tempura and sotong sumbat.da macam makanan kelantan pulak yang ketupat sotong tu.ada macam2 jenis ikan pelik2 aku jumpa,pastu ada banyak gila sotong kurita .sedapnyaaa buat soup!tapi orang korea ni makan hidup-hidup cicah dengan sos cili.sedap jugak kan?hahah.nanti bunyi cup cup cup sotong tu melekat kat mulut kau.hahaha.


nah telan air liur je ye .hahah.tempura and sotong tu nanti dia akan goreng balik so boleh makan panas2.sedap!udang manis dan fresh!Yun kata boleh makan sebab guna minyak bunga and takde pun letak alcohol or apa-apa yang tak halal.

penjual ni kemain lawa lagi kulit dorang.macam takde pores.plastic surgery eh macik??hahaha



anak makan 'ketupat sotong'

mak makan udang tempura.apa barang panggil udang goreng tepung.hahah

geramnya tengok ketam tu!buat sambal pon sodap!

mak aku nak beli ikan kering bawa balik malaysia.ayah aku tak bagi dia kata kat malaysia pun ada ikan kering.mak aku nak mempertahankan hak dia lalu berkata 'ikan kering malaysia tak sama dengan korea punyaaa' da macam budak kecik berdebat tengah2 market tu.hahahaha




bersih je
aku beli sotong kering bakar ni.makan macam tu je.tak yah cicah sos pun dah sedap.isi dah la tebal.yum yummm!

telan air liur jerlah.masa ni kteorg dah lambat.orang lain dah naik bus dah pun.pastu Yun patah balik cari kteorg.nak ambik hati dia aku bagi sikit sotong kat dia.nasib baik tak kena marah.hahahah


vending game machine ni hadiah dia best2.baru semangat nak main.tak macam kat malaysia.teddy bear pun dah berhabuk kaler pun dah pudar semua.

convenience stores siap jual mercun











kalau negara kita ,instant coffee selalu letak gambar warga emas, tetapi tidak di korea.mereka letak gambar artis2 yang bila kite tengok hensemnyaaa lawanyaaa ...nak belilah!


gulp gulp




air susu pisang idaman hatiku.aku tak suka minum susu tapi susu pisang telah merubah citarasaku.malah satu keluargaku.minum satu pasti nak lagi!*iklan ke apa ni* hahaha



Sorak Soo hotel ni hotel paling best sepanjang kteorg kat korea sebab besar gilaaaa.aku macam biasa la share bilik dengan cousin.macam apartment sebab satu bilik ada 2 bilik tidur dalam tu.balcony pun besar tapi memang taklah nak duk kat luar tu.sejuk gila ok.-18'c.


new year punye wishes!hahahah

kedai kat lobby hotel.macam2 adooo

-1
masa ni aku terbayang cerita hantu korea.eee seram.dah la macam laluan nak pergi ke wad hospital



bilik aku

dapur yang disediakan .nampak tu siap ada chopping board lagi.hahah

floor dia sgtlah warmed.bila lama2 duduk atas floor rasa nak terbakar bontot aku.



view from balcony.pelik aku tengok bilik2 lain buka langsir seluas luas alam.tidakkah mereka tahu erti sejuk? tapi malam tu aku nak tido punyalah panas sebab heater kuat sangat kot.tak tahu nak control kat mana.so buka la sliding door tu kasi angin masuk.pagi2 bangun bapak sejuk gila!


bilik cousin yang kemain lawa lagi

ada dapur,rice cooker,pinggan mangkuk meja makan semua ada.bestnyalah kalau dapat masak.menyesal tak beli 
sotong kurita kat market td.hahaha.

akibat nafsu nak masak tak dapat dikawal,aku masak maggie je sambil layan drama korea walaupun tak paham.hahaha.nite2 semua!


bangun pagi dengan bloated face sebab before tidur makan maggie

No comments:

Post a Comment