Saturday, 9 February 2013

KOREA DAY 4

eh bilalah nak habis buat entry korea ni.nak muntah dah aku.korang yang baca pun agaknya dah lama muntah la kot?hahaha.hari ni breakfast aku panaskan rendang daging.uihh sedap gila makan ngan nasi panas2.tak yah terkejut la ok kalau pagi-pagi buta(7.00am waktu korea) aku makan nasi kat sana sebab memang style dorang macam tu.kalau nak kira waktu malaysia, pukul 6 pagi aku makan nasi.selalu 6 pagi kat malaysia aku membuta lagi.muahaha.


iron kecik nonet ni aku TERtinggal kat hotel ni.pagi2 dah kelam kabut nak kemas barang semua sebab hari ni duduk hotel lain lagi.macam orang nomad kauuu.hari2 duduk hotel lain.

heaven siot dapat makan nasi panas ngan rendang.macam raya tahu?! :D


kol 8 camtu naik bus pegi ke ski resort.ku pikirkan sudah dekat sebab kat area2 mount soerak tu salji nampak tebal kat bukit2 tu.rupanya nak gi ski resort tu 2 jam dari hotel-__________- aku tak paham kenapa tempat2 yang dorang bawak ni semuanya jauh2 belaka.sepanjang perjalanan tu mata aku ni melilau je pandang kat luar sebab lawa sangat pemandangan dia and kot2 nampak ada orang ski ke apa kan.eh masa buat entry ni tetiba lagu tinak tin tana klua.gila tak feel.terus tukar lagu korea.heheh




(sambungan..) lagi 15 minit before sampai  ke ski resort kteorg gi tempat untuk rental baju and seluar ski.
view from hotel

untuk kesenangan keluarga dan perut anda, pack makanan kecik-kecik macam ni.senang nak makan.hand luggage aku penuh dengan rendang, roti,air mineral,tisu,biskut,raincoat..u name it..

subhanAllah

petrol station dorang nampak macam terbiar ouh.kebanyakan petrol station dorang kecik je and jarang aku nampak kereta isi minyak.tak semeriah macam kite punya petronas.


by the way, harga untuk ski and rental baju kasut board pole semua tu 55usd dollar.harga glove tak termasuk  ok.glove tak rental tapi kena beli.aku tak ingat berapa harga dia.kau tak boleh pakai baju biasa.kalau kau pakai tu karang basah naya je.glove pun sama.dia ada jual yang waterproof punya.


abang k-pop dah menunggu kedatangan kami.

aku cakap kat orang tu nak colour hijau.korang boleh minta nak colour apa tapi tengok la ada size ke tak.nanti dia pergi cari.

kteorg tak sewa kasut kat sini sebab kasut ski kteorg dah termasuk dengan harga ticket ski dekat ski resort.so tak perlu nak sewa kasut kat sini.unless, kau tak nak ski just nak tengok2 je so kau kena sewa kasut kat sini.sebab kat ski resort tu kasut untuk orang2 yang nak main ski je.

macam ayah aku dia tak nak main ski, so kena sewa kasut kat sini.

abang k-pop juga sedia membantu anda untuk memakai ski jacket

boleh salin baju kat dalam exchange room


baju aku tu dah macam pekerja kilang automotif.baju hijau seluar merah.hahaha.


tapi mak aku ngan aunty mas punya baju lagi stylo.boleh minta kerja kat circus dah.hahaha.

ni lah gangnam style sebenar.hahahahah.ayah aku complain sebab corak baju tak lawa.teruk sangat -.-

classic betul heater dia.guna kayu api and dalam tu boleh masak goguma (sweet potato). adik aku telan air liur je tengok goguma tu.teringin sangat katanya.alololoo keciannn

so ni la tempat kteorg rental.sila hafal tulisan kat signboard tu sebab aku tak tahu apa dia tulis.hahah

kau tengok siapa paling semangat jalan depan.adik lelaki aku dah macam transformer pulak.hahaha




sampai  kat ski resort dan sangat sangatlah wowwwww hebat gila dorang main.lagi2 yang belah atas tu.kteorg ni tahap main kat bawah2 je.hahaha.pastu pegi amik kasut.memasing dah macam robot dah jalan sebab kasut tu berat nak mam dan susah sangat nak pakai.hahaha.




tempat ambil kasut, pole, and board


susah gila nak pakai kasut dia.nak rasa kesusahan kami, silalah pergi ski bila datang korea


me and my mum

walawehhh!dah macam orang buta pun ada jugak.oh yea google tu pun sewa kat kedai rental tadi.

pasangan romantic tapi apa yang menarik perhatian aku adalah orang dibelakang tu.cuba lihat siapa yang dah jatuh before start ski..

oh ZUL!belum apa-apa lagi dah tergolek dog kat situ.hahah



Yun briefing macam mana nak skiing.yang aku ingat dia cakap kaki tu kena bentuk A dan tangan tegak ke depan.bengkok sikit kaki ke depan dan punggung tonggek sikit.lepastu suka hati kau lah asalkan dapat turun.hahaha.bila nak turun bawah je, masing2 bising A A kaki AAAAA


adik perempuan aku yang teramat slow turun bukit-.- sangat berhemah kauu

tonggek macam ni ye.tangan tu salah.jangan ikut akak tu :P

Yun ajar sorang2 nak turun.mula2 adik perempuan aku.tapi nak tunggu dia habis ajar adik aku lama gila.aku ngan adik lelaki aku dah tak sabar so kteorg terus je main ski.okay je memula.laju berdesup kteorg turun.hahaha.tengah syok turun tetiba adik aku langgar aku dari belakang habis dua2 tergolek dog kat situ.board aku tu tercabut pastu dagu aku terkena bucu board adik aku.nak lagi sedap muka aku tersembam kat salji tu.perhhhhh pedih gila nak mampos!rasa nak menangis jer time tu.pastu aku marah adik aku.padan muka.muahaha.

nampak macam pro kan?


my mum and cousin.TAPI  sila tengok belakang.kau tengok baju hijau and biru dah tertonggeng-tonggeng kat bawah tu

bila hati dah sentap aku main ski sorang2 tak nak main ngan dia.takut aku.tapi penat la main ski.nak turun bawah sekejap je.pastu kena naik balik jalan kaki.bukannya ada escalator ke..cable car yg jenis ada seat tu ke..hahaha.aku main 4 kali je sebab penat.penat kena daki bukit balik.haha.lepas ni bolehlah main lagi kat swiss pulak sebab dah ada basic.ecehhh:-P syok la main ski ni tapi lebih penat time nak naik balik ke atas.Yun bagi masa 2 jam je.masalahnya nak pakai kasut je dah dekat setengah jam lebih.pastu dia nak ajar sorang2 lagi.so bape minit je yang tinggal untuk main.tak puas la..tak puas pun penat jugak.hahaha.mak aku main sekali je tu pun masa Yun ajar dia turun ke bawah.tetiba sampai kat bawah aku nampak dia da terlentang ke belakang.nak gelak tapi rasa kesian.hahaha(opsss).aku rasa normal la jatuh2 masa first timer ni.kalau dah selalu main nanti ok la tu.cehh cakap selalu main macam la kat malaysia boleh main.hahaha.


Yun suruh kteorg lompat time ni.dia kata walaupun tah ape2 je melompat camni tapi bila da balik rumah and tengok balik gambar2 macam ni rasa kelakar.betul gak tu.mak aku main tipu.dan2 je macam nak lompat.hahaha.memasing muka tak boleh blah


look at the peak of the mountain.that one ahh orang pro je main situ.kecut perut aku tengok dia punya kecerunan.(amboii kecerunan kau)

trust me, u need POWER BANK.lagi2 pergi tempat sejuk macam ni,battery phone cepat kong.lepastu sentap tak dapat tangkap gambar guna phone.kitew letteww.nasib baik cousin ada :)


restaurant area nami yang tak sedap


lepas ski pegi balik kat tempat kteorg rent baju and terus gi makan dekat area nami island.tapi tak sedap langsung.bukanlah tak sedap langsung but tawar hebeh.harap je cara masak creative.tak habis pun aku makan.first time okay makan tak habis.selalu berselera je aku makan.haa masa otw nak ke restaurant, ada accident berlaku.bus kteorg la tu.jalan sempit sangat and dia pergi seret kereta orang sebelah.lama pula tu nak settle.kteorg da la lapar gila time tu.haihh.kat korea ni memang selalu berlaku accident sebab jalan dorang kecik.kalau kita punya jalan ada 3 lane, kat sana 4 lane.mahu tak berlaga dengan kereta sebelah.aku seram nak tengok luar bila kat jalanraya.sebab rasa kereta sebelah tu dekat sangat dengan bus kteorg.


harap plating je lawa tapi tak sedap.anti aku dengan restaurant ni.hahah.aku da la lapar kau pula served makanan tak sedap



soba soup jela yang ok

cara nak makan, nasi tu cedok keluar and letak dalam mangkuk.then letak air kosong dalam hot stone bowl tu and kacau2 kerak kat bawah tu.jadilah soup!semua pelik je muka dengar Yun ajar.tawar hebehhhh.aku letak balik nasi dalam tu, pastu campur2 ngan soba soup and side dishes.adalah rasa sikit.tapi tak lalu nak makan sebab tawar.Zul siap minta nasi lebih lagi.hahaha



lepastu pegi nami island kena naik ferry.ya ampunnn sejuknya time tu.aku da la demam,flu and batuk.kau cakap je nak penyakit apa.semua ada.hahaha.kaki pulak sakit gila sebab aku pakai kasut leather.bila sejuk camtu kaki aku dah tak larat nak jalan.rasa nak bukak kasut je time tu.so better pakai kasut yang ada bulu kambing kat dalam tu.aku ni pun bijak jugak sebab pergi pakai stoking nipis je.selalu ok je tapi masa kat nami island tu sejuk teramat.dah la kena jalan jauh gila masuk ke dalam.




cuaca sangat sejuk so prepare youself.pakai glove yang waterproof lebih elok sebab dia tebal and warm.plus, u really need a mafla sebab kau hirup udara yang kering dan sejuk, tekak akan jadi kering.so cover your nose and mouth area with your mafla.bagi yang tak pakai tudung/lelaki pakai la earmuff.telinga tu merah2 dah aku tengok.hahaha




waiting for the ferry
nampak tak bendera malaysia?
potret sekolah di nami island

nami island ni tempat winter sonata berlakon.nami tu sempena nama general dorang yang dah mati.nami terkenal sebab sejarah tu la tapi lagi famous bila ada cerita winter sonata .aku tak rasa aku akan pergi tempat ni kalau bukan sebab winter sonata.hahah.tempat dia lawa.tapi phone aku mati sebab sejuk sangat so tak dapat nak tangkap gambar banyak2 ;( dah la ayah aku(tukang  pegang camera) ngan adik2 semua tah hilang kemana.aku jalan ngan mak aku je.pastu mak aku gi toilet, aku tunggu dia kat luar sebab nak tengok kot2 ada ayah aku lalu ke apa.haram tak nampak pun dorang.mak aku da risau pasal adik aku sebab takut dia  takde dengan ayah aku je.

kteorg jalan lagi masuk ke dalam sebab Yun kata ada surau tapi tak tahu kat mana.dengan Yun sekali hilang.senang cite aku tak nampak siapa2 pun group kteorg.jalan sikit berhenti kat unggun api untuk panaskan kaki.hahah.pastu jalan lagi panaskan kaki lagi.terjengket-jengket aku jalan.


sedang tuam kaki.muka tu tak nak masam lagi kan.haha muka menahan kesakitan.mama sibuk nak check-in time ni-.-

jalan punya jalan aku ternampak ada tulis musollah.maksudnya surau la.surau tu dalam cafe.masuk je cafe aku tengok group kteorg tengah senang lenang minum hot chocolate-.- nak menangis je rasa tahu!orang punyalah risau.adik dengan cousin aku nampak happy je kat situ.haihh rasa macam nak cekik cekik je dorang tu.hahaha.aku dah la sakit kaki.tak pernah rasa sakit macam tu.pastu aku bukak boot aku, mak aku amik air panas isi dalam botol.aku tuam kat kaki.lega sikit.merah gila hujung jari.sampai dah jadi darah beku ibu jari aku :( lepas semua dah solat pergi tangkap gambar kat tempat2 winter sonata tapi dah nak gelap time tu.




 aku gi beli hotteok(1000won-rm3).hotteok ni aku tahu pun sebab member aku pernah cerita.dia kata sedap gila.hotteok ni macam pancake yang ada brown sugar filling dalam tu.aku nak tangkap gambar kat board ada muka pelakon winter sonata tu.sekali hotteok aku terjatuh.pastu ayah aku cakap padan muka kat aku.time tu aku dah nangis dah sebab tak sempat pun nak makan benda tu.dah lama teringin nak makan tapi takde rezeki.dah la ayah aku tak tangkap gambar aku then marah2 amenda tah.aku dah tak dengar time tu.pastu aku blah sebab merajuk.aku pegi kat cousin ngan adik aku.kteorg tangkap2 gambar walaupun aku sebenarnya dah takde hati nak tangkap gambar.tapi kalau tak tangkap gambar nanti rugi pulak.aku nak pergi beli hotteok lagi tapi kedai tu dah tutup.sedih gila rasa.


muka sentap!

hotteok dalam kenangan.hehh takdeklah

masa tengah bergambar ngan cousin tetiba ayah aku datang bagi hotteok kat aku satu.terharu rasa;) walaupun tadi merajuk dengan dia. sedapnyaa hotteok!!nyumnyummmm!



kteorg tanya Yun mana patung pelakon tu tak jumpa2 pun.rupanya belakang pokok tu je.ekelehhh penat je cari.ingatkan besar la sangat patung tu.tengok gambar macam besar.patutlah tak perasan.apalagi kteorg semua tangkap gambar kat situ.masa kteorg tangkap gambar,tetiba ramai plak datang kat situ.baru tahu lettewww :-P hahaha.


kau tengok adik aku buat apa.merosakkan gambar je budak ni!nasib baik kau lagi besar dari aku.hahah



masa nak balik tu kaki adik perempuan aku pulak sakit.aku tahu sakit dia macam mana sebab kasut dia ngan aku sama.tapi kaki aku lepas da tuam tadi ok sikit rasa.adik aku ni pulak jenis manja gila so ayah aku piggyback dia sepanjang jalan tu.kesian ayah aku mengah2 dah piggyback adik aku.kalau ringan takpe ni tinggi pun dah lebih kurang aku je.hahaha.baru macam hero koreaaaa.hahah.jauh taw nak jalan sampai ke ferry tu.dengan sejuknya lagi.pengorbanan seorang ayah :) apahal entry ni macam banyak emotional eh.hahaha.setakat ni aku rasa nami island la paling sejuk compare dengan tempat lain.



then naik ferry untuk balik ke nami semula.aku dengan cousin semangat jalan depan2 dengan Yun.orang lain jauh kat belakang.kteorg cari bus.dah jalan jauh ke depan, tetiba dengar dorang jerit2 kata bus kat depan sana je.maksudnya keluar je dari ferry dah nampak bus.hahaha.buat penat aku je jalan ke depan.yang kelakarnya aku dengan cousin dah kutuk2 pak cik bus tu sebab dia selalu sangat parking bus jauh2 rupanya depan mata je bus tu tadi-.- .hahaha kesian pak cik tu.ni semua salah Yunnn.laju menonong ke depan :-P




malam ni tidur kat hotel Gapyeong Sorak Tourist Hotel.bilik dia besar jugak tapi tak sebesar bilik sebelum ni.lepas dah letak luggage kat bilik semua, turun balik pergi makan kat dalam hotel tu je.tempat dinner kteorg kat sebelah sauna.




menu malam ni aku suka gila sebab soup dia tauhu dengan telur.yum yumm!!sedap sangat sangat!tauhu dia lembut je.ada makcik tu puji adik aku dia kata adik aku handsome.ni dah masuk 3 orang puji adik aku.mana tak bangga budak tu.sorang makcik kat jeju, pastu pelakon tua tu and mak cik yang kat restaurant ni.aku cakap kat adik aku 'weh tak payah nak bangga sangat.yang puji kau semua orang tua.bukan awek cun ke apa' hahaha jahat gila aku.padahal jealous -_- kteorg kan suka kimchi so asyik nak refill je.aku suruh adik aku panggil mak cik tu.mak cik tu pun selalu lalu kat meja kteorg tengok side dishes cukup ke tak.dorang ni tak kedekut bab makanan.kalau kat malaysia boleh refill air je.tapi kat sana makanan nak refill banyak kali pun boleh.adik aku dengan bangganya cakap korea kat mak cik ni.
'omoni, kimchi hanajuseyo..' pastu makcik tu cakap 'omo,deasfdhfucneiemlpowkiwysgw...' semua tak paham.tercengang masing-masing.hahahahaha!tulah tadi muka berlagak confident je cakap sekali bila makcik tu balas balik terus tak paham.yang sebenarnya aku dengan adik aku reti cakap tu je.si Yun ajar kteorg. kalau nak beli hotteok 'hotteok hanajuseyo' maksud nak hotteok satu.kalau nak nasi(pab) 'pab hanajuseyo'.hanajuseyo tu maksudnya satu.kalau nak dua aku tak tahu.yun ajar sampai satu je.hahaha


walaupun nampak macam errr tak sedap tapi surprisingly sedap sangat!soup tauhu lembut tu campur ngan telur.rasa macam maggie ayam soup dia.hee.habis satu periuk besar tu aku makan.hahah


 nak try buat kat rumah la


first time tengok sauna dorang.relax je semua sepesen pakai seluar pendek dengan t-shirt, pastu baring atas bantal yang macam kayu kot?sambil layan runningman.best je lalu kat situ sebab rasa warm.takdelah panas gila.selasa sangat sangat!


yang tempat colour merah tu panas.suka hati aku je tangkap gambar mak cik ni.macam mana la dia boleh tidur dalam tu


lepas dah kenyang memasing nak naik bilik rehat.on the way nak balik tu merayau jap kat sauna dorang.ada bilik sauna untuk tengok movie.kau mintak je dvd kat lobby hotel tu nanti dia bagi.pastu ada bilik ni room temperature dia 92'c.bapak panas gila! ada budak kecik ni umur 2 tahun kot.comel je main treadmill dengan abang dia.da la kat kepala dia pakai towel yang ikat bulat kat tepi tu.comel sangat sangat!pastu dia merangkak-rangkak datang kat aku.omeeyyyy!>.< aku ingat dalam movie je dorang pakai macam tu, rupanya memang betul-betul pakai towel macam tu.ha cerita pasal towel, kat hotel dorang sediakan towel kecik je.susah nak dapat towel besar kalau hotel luar dari seoul.memang dorang mandi pakai towel kecik je.mahu tak sexy.hahaha.then semua orang naik ke bilik masing2.


sauna room 92'c
sauna yang ada tv,treadmill and cafe.wood floor pun warm sebab ada heater bawah floor.

tengok budak kecik tu!eeee geram gila!sorry gambar gelap sebab ni aku screenshot from video.

comelnya dia!da la merangkak-rangkak pergi kat aku pastu buat muka comel dengan towel kat kepala kau tu.cubit kanggg ahhh

adik lelaki aku semangat nak pergi sauna.pergilah dikau seorang diri.harga 5000won (rm 15.00).suka hatilah nak duduk lama mana pun.nak tidur dalam tu pun boleh.dia cerita kat aku masa dia masuk toilet lelaki tu dia nampak seorang lelaki korea ni fully n*ked.tapi lelaki tu membelakangi adik aku so hanya nampak punggung sahaja la.satgi lelaki tu pusing pandang adik aku ,amik kau satu set terus nampak.hahahaha terkejut adik aku.pastu adik aku terus masuk ke dalam lagi nak mandi, hmm semua lelaki macam tu rupanya.siap borak2 lepak duk satu geng lagi.adik aku kata malam tu dia susah nak tidur.hahahaha.nasib kau la nak sangat pergi sauna kan.




omo!suka sangat bath tub ada kaki ni.


kecanggihan toilet sekali lagi menambat hati aku.hihihi


hayatilah mangkuk tandas ini.hahah

toiletries yang dorang sediakan semua botol besar2.apa barang bagi sabun shampoo lotion botol kecik.sikat pun sikat kayu

katil aku dan cousin.haruslah aku punya katil besar.heheh

that's all for now.next entry kita akan mengembara ke EVERLAND!nantikan...hahaha poyo gila.kbai>.<

No comments:

Post a Comment