Saturday, 16 February 2013

KOREA DAY 5



so hari ni morning call macam biasalah kan pukul 6 am dah bangun.pergi breakfast pukul 7.today English breakfast.makan roti bakar, scrambled egg,juice dan makan buah dengan banyaknya sebab badan aku kurang vitamin.sebab tu senang nak kena flu.sob sob :( nasib baik tak sakit perut nak membuang.hahah


macam yang aku janji kat entry lepas, this entry aku akan bawa korang ke Everland.taman tema yang terletak dekat Yongin,korea selatan.30 minit je dari hotel.suhu masa ni -14 degree celcius.sejuk nak mamp!Everland ni antara 13 world biggest theme park.memang besar.siap ada skyway(macam cable car tapi version ada kerusi takde bumbung) dan juga cable car.memang aku ternanti-nanti nak pergi ke Everland ni sebab tak sabar nak naik roller coaster dia.ohemmgeee besar gila roller coaster dia and sangat thrill!ni baru tengok belum naik lagi.tapi apakan daya, daku sangat teramat paling kecewa(nampak tak betapa kecewanya aku?) sebab semua rides yang mencabar gila tu tak boleh main.ini adalah kerana cuaca sejuk sangat so dorang terpaksa tutup.yang ada kebanyakan mainan budak-budak.tak hangin kau?dah la aku tak sihat, dengar berita sedih ni lagi tak sihat aku.haha poyo gila statement.





aku taktahu berapa harga ticket masuk sebab semua dah termasuk dalam package.so aku hanya tahu enjoy je kat sini.hahah.turun je dari bus, pastu kena queue untuk naik shuttle bus dia pula.dalam 5 minit dah sampai ke Everland theme park.





sejuk gila ok masa ni.tengok muka kesejukan ayah aku kat belakang tu.hahahh


shuttle bus dia selesa tapi himpit2 la kan.


nampak je macam lengang.dalam tu ramai nokss.tapi so so jela.taklah ramai gila

ok dah sampai.ni kat luar Everland.

this ticket kena simpan elok2.ada rides yang kena tunjuk ticket.jangan dah masuk dalam everland kau pergi buang pula.aku tumbuk kang

welcome to Everland!(abaikan mata sepet)
mystery tree.apa2 hal pukul 2 dah kena ada kat depan pokok ni.sebab dalam everland kteorg berpecah

tak tahu apa nama dia.aku kenal mickey n minnie je-.-



hmm biasa je dalam ni.disneyland lagi lawa

im not sure cable car ni dari mana.mungkin dari hotel

alololooo sweetnyaa!ni laki and pompan ok.

masing2 selok

waiting for skypark

from left; me,cousin,zul,nabilah

takde ruang pun kat kerusi tu.hahaha
the view!can you see the wooden roller coaster there?!mampu tengok jelaa ;(

amboii kangkang tak ingat dunia kauu 



masuk je dalam tu Yun bawa kteorg pergi safari world.aku tak excited pun pergi safari2 ni sebab dah tahu mesti binatang dia tak aktif dan malas nak layan tetamu2 yang datang berkunjung.lagi2 musim sejuk ni mesti dia tidur je.nak masuk tu kena queue panjang gila.dah la sejuk dengan kaki aku rasa sakit teramat sebab sejuk sangat sampai tak larat nak berdiri.walaupun dia pasang heater tapi tak terasa sebab kawasan open.kteorg punya group Yun amik satu bus khas untuk group kteorg je.and Yun sendiri yang jadi kteorg punya tour guide masa tu.


entrance to safari world.macam nak masuk rumah hantu rasa


dekat gilaaa and im so speechless!

mari kita lihat binatang-binatang yang kusangkakan pemalas rupanyaaa..........



lagi pemalas.duduk buat dunno je.eyy geram tengok.panjat2 la shuttle bus kteorg ni.baru best.hahah





semua binatang dilepaskan macam tu je.kalau campak kau kat situ agaknya tulang kau pun tak nampak dah.hahah

white tiger

forever aloneee..kat sini ada LIGER tapi tak tahu hilang ke mana.liger tu lion+tiger yang telah dikacuk



owl dia besaqqq baqq hangg!terkezutt aiii.macam helang pun ada





yang ni la paling rajin.korean bear! bear ni ada banyak sangat kat sini






yang first sekali dia main pusing2


tak ke seram dia pergi kat tingkap bus kteorg.terkejut aku tengok dia besar camni

aku pun takut takut berani jugalah ketuk-ketuk cermin ni tapi bila dia pandang terdiam kauu


second buat menari gangnam.homey homey hangatt


Yun kata kalau tak winter, banyak lagi trick binatang2 kat safari ni akan buat.tapi disebabkan winter so trick yang boleh buat sangat terhad


third dia pray.alololo pandai dia solat.muahaha.sorry gambar takde sebab busy amik video.


hot pad ni untuk panaskan mana-mana yang anggota badan yang korang rasa sejuk.so just tampal je kat situ.tapi kena genyeh-genyeh sampai rasa panas then baru tampal.aku tampal kat tapak kaki (2,000 won)

first ride yang aku try.


masuk rotating house.ingat seram tapi haram tak seram langsung.dia main2 dengan illusion kau je.konon kau akan rasa kerusi tu pusing 360 degree tapi yang sebenarnya dinding2 tu je yang pusing.kerusi kau static je.last sekali sebelum nak habis tu rasa macam ada orang raba2 kat belakang badan.geli gila!hahaha.zul tu pun naik juga.dia tanya kenapa sebab dia pelik orang lain gelak2.dia sorang je tak rasa.adik aku kata lemak dia tebal sangat.hahahah jahat taww kau dik.


raba-raba rotating house .haha suka hati je bagi nama macam tu

ahahh muka bahagia dapat makan!ni churros(3,000 won).macam donut version crispy and rasa manis cinnamon!



look at the roller coaster.kau berani nak naik roller coaster yang structure diperbuat daripada kayu ni?aku berani tapi dia tutup pula.alhamdulillah.hehehe

skewered fish cake (2,500 won).sedap!dia celur macam buat yong tau foo

bestnya sejuk-sejuk dapat minum soup panas 

aktiviti dalam ni lebih kepada makan benda bodo-bodo
i wonder why model tak guna orang korea.kenapa guna mat/minah saleh?hot apa mamat2 korea yang dah buat plastic surgery.heheh


main double rock spin.ni terbaik gila.sebelum ni pernah main kat time square and sunway lagoon.tapi yang kat everland ni gila gila punya spin dia bagi.gayat gila hoiii.rasa macam ayam golek je dia main pusing2 macam tu.aku yang sakit tekak ni tetiba je ada suara nak jerit-jerit.'omoooooo..!!!' 'omooooo..!' takleh blah jerit pun nak guna korea punya slang :/



ada lagi satu ride aku main tapi tak sempat nak tangkap gambar phone aku mati lagi.mati terkejut sebab sejuk sangat.vangang punya iphone


agak2 tekak dah sakit marilah kita muhasabah diri di ginseng factory.ginseng ni ada macam2 jenis.diklasifikasikan mengikut tahun.tahun satu sampai tahun 6.yang tahun 6 tu paling bagus dan paling mahal.harga memang beribu-ribu.and product yang dia jual semuanya guna tahun 6.ada yang dia jual bentuk power,extract,capsule or beli je akar ginseng tu terus.ginseng juga boleh digunakan sebagai sabun or buat ginseng tea.korean ginseng adalah ginseng yang terbaik didunia.takde export ke luar.so kalau nak beli kena datang korea.rugi tak belii



boleh bayar cash/credit


pekerja dia orang cina malaysia.sebab dengar dia cakap english ada bunyi2 slang orang cina.pastu tanya dia 'malaysian?' dia sengih2 je.last2 dia cakap melayu je.hahaha






ok lepas dah beli untuk kesihatan dalaman,mari invest sedikit duit untuk cosmetic dorang pula.cosmetic ni pun hanya jual di korea sahaja.family aku tak beli apa2 pun sebab tak tahu sesuai ke tak dengan kulit kita .aku try dia punya sample.banyak gak BB cream ,mask,serum yang aku dapat.and aku pakai masa kat malaysia.memang bagus!tak berminyak langsung guna bb cream dia.tona kulit pun nampak sekata je.tak nampak macam pakai bb cream pun.nyesal pula tak beli ;(




macam-macam korean product ada dalam ni.yang dia suruh beli ni 'le ciel'.memang takde jual kat malaysia.kalau nak try beli kat kedai ni sebab kat luar takde jual.

dia akan terangkan pasal product2 tu.and bagi cuba.tapi cuba kat tapak tangan jela ye



semua dah kebuluran sebab masa kat Everland tak lunch pun.just makan popcorn,fish cake,churros..memang tak kenyang la kan.so dinner at Itaewon.memang banyak halal restaurant kat sini.sekali lagi makan kat Taj Palace.alahai bosannya makan kat tempat yang sama.kalau lauk dia tukar2 takpe.ni lauk yang sama.tak banyak pun aku makan.






ayam tandoori terbaik la!pedas gila!

tak banyak pun kan aku makan:) ni balas dendam untuk lunch dengan dinner sekali





nahh tengok mesin canggih ni.aku ingatkan untuk amik air.rupanya keluar tisu basah yang warm.hahaha very thekg.com


ada pastry shop kat Itaewon (HALAL)

pekerja dia friendly and pernah datang malaysia.beriya sakan dia cerita pasal sabah kat kteorg.hahah






Mr.Kebab ni pun halal juga

while waiting for the bus






cousin,zul n nabilah

me and my lil brother.bukan aku yang pendek tapi mamat tu yang terover tinggi







dunkin donuts sangat tempting!

interior deco and donuts dia sangat lain dengan kita punya






next, kami ke Doota di Dongdaemun untuk beli souvenior.ni kali pertama nak pergi beli souvenior sepanjang kat korea.sedih tak sedih?ok so bagi sesiapa yang nak beli souvenior boleh ke tingkat 5.situ ada kedai Arirang yang sangat famous untuk tourist shopping souvenior.aku beli banyak gila sudu ngan chopstick dorang.hahaha.


in front of the Doota Mall

refer information board kalau tak tahu nak pergi tingkat berapa








kebanyakan tourist akan beli sudu and chopstick korea.sebab ni trademark dorang.mangkuk nasi pun aku beli.hahaha


dalam ni panas(or sebab aku tak buka winter coat?) dan ramai sangat orang dalam ni.bersesak-sesak ok.dah balik terus chow.tak payah nak tunggu2 kat situ.buat semak je.




pekerja kat sini boleh cakap bahasa indonesia.so kau cakap melayu je ngan dorang ni.tak payah susah2 nak anneyeong anneyeong kat situ-.-



comel gila payung2 dia.semua ada uv protection and sesuai untuk semua weather

aku beli payung!hahaha sebab kat perak sangat panas and setiap hari aku akan guna payung.payung yang ada sekarang dah nak rosak so belilah satu kat kedai ni.pak cik ni pun friendly.mak aku beli banyak gila selendang kat sini.murah2 and lawa!




remember DOOTA!




check in di Coop Hotel.sumpah kelakar hotel ni sebabnya bilik dia kecik sangat2 sampaikan asyik berlaga punggung dengan cousin aku.dari katil nak ke toilet hanya selangkah sahaja.hahaha.hotel ni pun ada tempat masak,microwave semua.tp lebih canggih kalau nak compare dengan hotel kat Soerak Soo tu.





hotel di seoul lebih canggih berbanding dengan hotel di luar seoul.towel disediakan juga towel besar.susah nak dapat towel besar kat hotel korea.most of the hotel akan bagi towel kecil


sink macam dalam penjara.comel pulak buat toilet kecik2 camni

kali ni dua2 katil single bed


tv pun kecik!


2 comments:

  1. Salam, hai..nak tanya boleh?sane harga chopstick yang lawa bape won yer?:)
    http://thefunnjoy.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam
      standard 6,000 won kalau tak silap

      Delete