Saturday, 23 February 2013

KOREA DAY 6

aku dah malas nak tulis panjang2 ni.hahah so letak gambar and caption sikit2 je.dalam pada malas tu, ada hati juga nak berblog bagai-.-


pagi-pagi memang jalan jam.accident tu biasa sgt lah kat sini.

mari pergi sekolah kimchi!pagi2 buta dah belajar buat kimchi

konon semua tengah kusyuk dengar padahal....

so ni basic ingredients untuk buat kimchi. yg atas belah bawah radish and kubis(yang dah rendam dengan garam kasar) .belah atas serbuk ginseng(tak letak pun takpe) and soy sauce

 bahan2 yang digunakan :garam halus, garam kasar, gula,halia yang dah ditumbuk,bawang putih yang dah ditumbuk lumat,serbuk cili kering(korean chili powder).

haiwan terlepas tengah buat runway

 kena tempek layer by layer

cehh gaya adik aku macam professional je.hahah

 hazim tengok je ape Adib buat.

sebelum start dia ajar dulu macam mana nak buat.

cina singapore ni sedia membantu kalau tak reti

 ok done!
mama comel sangat so letak gambar ni.heheh.kimchi yang dah siap akan didermakan

 yang dalam mangkuk tu kimchi yang baru siap tadi, and yg dalam pinggan tu yang dah lama.of coz rasa berbeza and lagi lama tempoh kimchi tu disimpan lagi sedap!bekas kecik belah kiri ni sotong yang dibuat kimchi.aku tak minat tapi adik aku suka.

 semua macam tak pernah makan kimchi masa ni.licin ok!family aku beli 9 packet kimchi.hahah sampai skang ada lagi 7 packet kat rumah.

lepastu pergi salin baju and pakai Hanbuk. MAMA means 'Your Majesty/Your Highness' in korean.Hanbuk(korean traditional punya baju) yang mama pakai ni untuk Queen/golongan di-Raja

Hanbuk ni orang kelas bawahan yang pakai

 yang ni pun baju orang kelas bawahan.stock kuli batak je

 nah amik!hahaha.muka tak rela jadi hamba abdi kat belakang tu

 malu nak mengaku yang kteorg ni keturunan di-Raja *tutupmukadengantangan*

mata tak larat nak bukak sebab mengantok sangat

sakinah dah macam apek mana tah pakai benda merah tu

aku sorang je colour purple ;( gambar anak-anak dara


 alololooo sweetnya gambar ni.yang belah kanan sekali tu tengah feeling2 princess lettew :D

 nilah anak-anak raja zaman joseon yang dibuang negeri

 bergossip je dorang ni kat belakang

 selamat datang ke amethyst factory!

harga boleh dirunding..tapi nak berunding dengan orang yang tak speaking ni sangatlah susah.dia minta credit card tapi dia cakap 'money card' so ayah aku ingatkan dia nak card yang kteorg dapat masa mula2 sampai kat kedai tu.macam ayam ngan itik-.-

macam biasa wajib bergambar depan kedai.hehh
 Aaron Aziz pun pernah datang sini ;) bangga tau orang korea letak gambar dia.tetiba muka dia sorang je melayu kat situ.huhu

takleh blah amik snow kat kereta pastu baling kat mama.hahah.verytheKG

susu pisang my all time fav!dekat Malaysia pun ada jual.boleh dapat kat Cold Storage Time Square tapi dijual dalam kotak.bukan botol gemok macam ni.sedappppp rugi tak cuba.heheh

Makan kat restaurant india lagi tapi kat restaurant lain pula.Foreign Restaurant yang terletak di Itaewon

Vege Pakora ni ada yang kata sedap tp bagi aku tak sedap.

Spaghetti dia masam sikit.tak minat la.lagi prefer kat restaurant Taj Palace hari tu


Ayam dia pun tak pedas macam kat Taj Palace

Popia sayur ni biasa2 je

Soup tu rasa macam tomyam.sedap!


yang ni sedap!cicah dengan kari ayam.dia served panas2.yummm yumm!



dalam banyak2 ni, aku makan buah je.yang lain tu tak sedap

 Kak tyn control2 pulekkkk :-P

 Masa baru nak makan tetiba snow pula.terus letak pinggan and keluar amik gambar.hahah KG.com betul!

me and my cousin.muka macam adik beradik plak aku tengok.hahah

orang lain berpayung bagai tapi kteorg rela hati dihujani oleh snow pastu cepat2 masuk balik kedai.hehehe

entry lepas ada cakap yang halal pastry tu kan.nama kedai tu Salam bakery kat depan Foreign Restaurant je

 Itaewon masjid
Zul rapat betul dengan papa. Papa pula suka menyakat Zul yang banyak cakap tu

 lepas solat buat hal kat kawasan masjid

SNOW FIGHTTTT!!

 selumber badak je buat bising kat kawasan masjid.siap main snow fight lagi.mak aku lepas habis solat dia terus baling snow.tua muda semua sama je.hahah

 nak buat serangan hendap lettewww

 rasakann!!hahaha padan muka!
 syeera kesian gila.dia terjatuh kat atas snow habis basah kuyup

 Next shopping time!dekat Lotte duty free.khas untuk pelancong.orang korea diharamkan shopping disini sebab tax free.huhu

 kena register dulu kat counter and baru boleh shopping

 comel je packaging!aku ada beli sunglasses tapi lepas dah beli baru tahu tak boleh amik terus.dia sendiri akan hantar kat airport masa kite nak balik nanti.motif buat camtu?sebab taknak pelancong yang datang susah payah bawa shopping bag banyak2.konon nak senangkan pelancong la.so dia bagi receipt and kat airport nanti redeem barang2 tu.cerita dia sekarang aku beli sunglasses sebijik je punn-.-

 bangunan2 kat Seoul lawa sangat!
 otw nak ke myeondong market

penuh dengan muka2 artis dorang

kalau korang nak beli barang2 cosmetic bolehlah beli kat myeondong market.sebab dongdaemun market banyak imitation punya barang.kalau kat sini ada quality control and original.

tapi hazab sikit la kena bersesak-sesak.nasib baik musim sejuk.kalau panas macam kat jalan TAR tak kuasa aii!*libas tudung*
 kelas kauu masak pancake atas board yang disalut aluminium foil!kretipp kretipp

H&M, forever 21,Zara pun ada.tapi aku tak beli apa-apa pun kat situ sebab boleh dapat kat Malaysia.i go for their local products

 makan ape tu?
 lekk je makan kat tengah2 jalan tempat orang lalu lalang.hahaha.orang lain semua pergi shopping aku sibuk makan kat situ.siap buka table lagi :D

 spicy topokki(rice cake ni kenyal2) yang tak berapa nak spicy.tapi sedap sangat sangat!ni Adib yang belikan masa dia gi jalan2 dengan Yun.Adib nak beli Topokki tepi jalan tapi Yun tak bagi so Yun bawa Adib gi makan kat restaurant Topokki yang boleh dimakan.untung kalau ada tourist guide sebab dia tahu mana yang kita boleh makan and tak boleh.

 kimchi pancake ni sedap gila!jangan nak euww euww sangat ok.sedap taw!ni dia dah potong kecik2

otw nak ke Dongdaemun market



 ni dekat dongdaemun market.tak beli apa-apa pun sebab dongdaemun ni banyak imitation.and barang takde quality.kalau nak barang yang berquality boleh beli kat myeondong market walaupun harga mahal sedikit je.

 dinner dekat restaurant yang sama.malam ni makan kari kambing, spaghetti seciput and ayam tandoori kurang pedas
suruh Sakinah tangkapkan gambar sebab malam tu snow lagi.heheh.tapi satu je dia tangkap.selebihnya phone aku penuh dengan gambar dia -_____-

comel la mama pakai macam ni.nampak muda.hehehe

 nah padan muka!ada 9 gambar dia tapi yang ni paling lawa


since malam ni malam new year so jalan sesak.tapi kteorg balik awal sebab dah janji dengan abang brooch.hahah.abg brooch datang kat bilik hotel kteorg so senanglah nak beli brooch buatan korea ;) thanks to our tourist guide(Rina) yang arrangekan semua ni *wink*
 woww special betul!siap datang kat hotel kteorg lagi.tak payah susah2 nak beli kat luar

 rambang mata 0.0 mak aku dengan aku beli banyak gila macam nak berniaga.habis dekat 200,000 won   untuk rantai,brooches & bracelet

 yang ni hasil melabur dekat Missha and It's skin yang ada kat Myeondong.yang kecik2 tu semua freegift! :) 

yang ni pun freegift!aku ingatkan dia bagi barang tu rupanya dalam ni kapas muka je -.- nasib baik muka Nickhun tu dapat menyejukkan hati aku ;-P

beli instant rice sebab nak makan dengan rendang untuk pagi esok.tapi bangun pun dah lambat last2 tak makan pun.yang belah kanan tu Topokki.nak rasa sama sedap tak macam makan kat Myeondong tadi 

 so panaskan dalam microwave dan rasanya tak sedap!pedas je lebih.rice cake dia keras sikit.tak kenyal macam rice cake yang beli kat Myeondong








1 comment:

  1. Salam,
    saya berminat nak tau camne nak panggil orang jual brooch datangke hotel..
    ada office trip next week, tapi namdaemun takda dalam list tempat visit...
    boleh tolong tanya tourist guide awak tak?
    thanks :)

    ReplyDelete