Saturday, 30 March 2013

MANHATTAN FISH MARKET

sejujurnya dulu aku tak suka pun Manhattan Fish Market ni sebab makanan dia tak sedap(hahaha ni sangat jujur!).selalu makan kat area sogo tu tapi sekarang dah tutup.agaknya bisnes tak maju.







BUT








tu dulu,sekarang lain :) dengan menu baru and banyak sangat improvement MFM sekarang dah jadi fav aku!











Gummy Bear ( RM 8.50).aku ingatkan letak gummy bear dalam tu.haha rupanya rasa macam makan gummy bear.sedap tapi aku tak tahan sebab banyak sangat gas.aku memang tak boleh minum air carbonated.nanti sedu2


Fried Country Mushrooms (RM 9.90).order yang ni sebab selalu beli mushroom goreng kat pasar malam.hahah.yang ni pun sedap :)


Garden Salad (RM 9.90).rasa apa?rasa sayur.gravy sedap.


Spaghetti in the sea ( RM 15.50). macam marinara la juga.not bad!portion dia banyak juga



Spicy Sea-esta (RM 18.90).Mum's fav!pedas dia boleh tahann.sekali tengok dah macam roti cicah dengan kuah asam podeh

Spicy Tuna Spaghetti lite (RM 12.50).yang ni sedap jugak!bagi aku tuna tak cepat muak compare dengan daging.eh tapi kalau buat spaghetti sardin lagi best kot!


Flaming Scampi Platter (RM 45.90). order yang ni sahaja pun dah cukup untuk satu family.disebabkan nafsu semata-mata tak habis pun makan.papa dah membebel bebel.lobster dengan cheese tu memang terbaik la :)

gambar clam chowder and grill cod tak sempat nak tangkap dah habis dibedal ;) 

okay yang ni kteorg makan kat Wangsa Walk Mall.dekat sangat dengan rumah.kalau dulu pergi WW tak tahu nak makan kat mana,sekarang MFM ni yang aku aim dulu :)



Friday, 22 March 2013

PICKNIK


siapa tak kenal nik michael? kesian owh siapa tak kenal.cerita dia sekarang aku pun tak kenal! hahaha.aku ajak parents makan kat sini.sampai2 je mak aku cakap chef yg tengah masak tu nik michael.masuk fear factor celebrity malaysia.aku pun 'oh iyo ko?' LOL very the malu uolls! mak aku lebih advance daripada  aku.helloooo tak boleh nak salahkan aku ok.aku ni duk uitm tak tengok pun astro -.-

tu diaaaaa.tapi toleh ke belakang pula.nak tangkap depan2 aku malu.mihmihmih.ha dia sendiri yang masak semua ni ok.takde orang lain.kalau ada pun ayah dia yang tolong masak sekali.aku tengok pekerja dia asyik keluar masuk bawa pan baru.setiap hidangan dia masak kat pan yang baru.sangat menjaga quality :)


 Watercress & Pear Salad (RM 13.00). suka gila noks! dressing yang sangat light(special mustard sauce) and tambah pulak ada almond flakes plus strawberry.so rasa manis,masam and pahit2(watercress rasa pahit sedikit).tapi aku bedal je sebab aku suka!

Garden Salad ( RM 9.00).Dressing dia biasa je.ayah aku ni suka order benda yang biasa2 je.aku ngan mak aku je suka order pelik2 sikit.haha.

 Shirley's Temple (RM 13.00).ni pun dah biasa minum.ayah aku order. rasa sprite+ Grenadine syrup

Mocha Jamocha Milkshake (RM 14.00). rasa mocha la.haha.biasa2 je yang ni.nama je gempak.

Iced Caramel (RM 12.00) ni adik aku punya.sedap!rasa macam kat starbucks.next time datang nak order air ni jerla.heheh

Carbonara (RM 22.00).creamy and cepat muak kalau tak makan masa tengah panas.rasa boleh tahan sedap!

using my new mini instax 7s.tak perasan muka mak aku 3/4 je.sorry ma!aku suruh ayah aku letak dalam wallet dia.nak tak nak je dia letak.hahahah

Ravioli (RM 28.00 kot??) cannot remember ah.ada 4 ketui je.nasib baik before datang sini dah mencekik meatballs kat waffle worlds.hahaha.aku suka ravioli ni tapi seciput sangat la.4 kali sumbat je ni.hye nik if you read my blog,tambah2 la sikit ravioli tu.hehehe :-P

Aglio Olio with prawns (RM 18.00). Memang meleleh air liur kau makan.


 Spaghetti Marinara (RM 30.00). kalau tak nak cepat jemu, marinara is the best!

 Peanut Butter Slice (RM 8.00).aku tak suka yang ni walaupun ade sign recommended sebab cepat muak and terasa sangat peanut butter.manis sangat pun ye juga.


Salted Caramel Brownies (RM 12.00). This is sinful mannnn! ok yang ni highly recommended!selalu caramel rasa manis tapi yang ni rasa masin.acano?sedap ok makan dengan warmed brownies and ice cream.berebut dengan adik.aku suruh dia habiskan peanut butter tapi dia nak yang ni jugak.terpaksa mengalah.huuu :( oh yea sepatotnya ice cream vanilla tapi dah habis stock,ice cream chocolate pun bedal lah!



sebelum berebut makan brownies.hahaha!

servis agak lambat masa ni sebabnya pekerja tak cukup katanya.nak2 pulak ada rombongan cik kiah kat belakang tu.fuhh memang lama la kena tunggu. luckily kami semua dah mencekik kat OU before datang sini. ye family aku memang kuat makan.hahaha

gunakan escalator untuk ke Picknik yang berada di tingkat 1.


UG1-05, Block A4, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur Sri Hartamas Klang Valley.menghadap main road di Publika.

overall makanan memang sedap cuma harga mahal sedikit sebab portion yang sedikit.

Wednesday, 20 March 2013

DUBU DUBU

sedap!murah!halal!apa lagi??!! jom ahhh <-----nampak tak idea tengah kering kontang?

Spicy Topokki (rm 13.90 ala carte).rice cake tu kenyal2 dimakan pulak ngan kuah yang pedas manis.macam kuah rojak version tak pekat sangat and takde kacang LOL.ada fish cake sekali dalam tu.kalau nak makan Topokki ni, amik rice cake bersama fish cake dan sumbat dalam mulut besar2 tu.omnomnomnommm.


Combo Soondubu Jigae and Beef (rm 19.90). ni la soup yang aku mengidamkan masa kat korea tapi tak berkesempatan nak rasa :-( nasib baik dubu dubu ada jual soup ni.sedap sangat! rasa manis seafood,pedas and panas!rasa macam nak tumbuk orang pun hado!

licin okayhh aku makan!

nasi colour purple ni specialty dorang.sedap gak makan nasi camni.


cara2 nak makan soondubu

masa mula2 boleh senyum la lagi, bila dah makan muka berkerut tahan panas and pedas.hahaha!


Beef Bulgogi (rm 20.90). nama dah macam bulldog.eh tak!gurau je!heheh.yang ni rasa manis2 sikit and hari tu aku makan rasa halia dia quite strong juga.aku tak minat sangat.tapi member aku suka.takpe.biarlah asalkan dia bahagia...




Dol Sot Bibimbap Beef (rm19.90).yang ni dalam entry masa kat korea hari tu aku ada ajar camne nak makan kan.just gaulkan cepat2 bila sampai atas meja korang.letak sos cili colour merah tu.tapi tak rasa cili pun.aku rasa macam manis je?ke lidah aku ni lidah buaya tak dapat nak rasa pedas langsung?hahaha.kenyang woo makan ni.dah la banyak.

nasi goreng version korea.eh?!


ye gaul bagi rata begini ya ibuk-ibuk bapak-bapak


side dishes ni tak boleh refill.tapi baguslah takleh refill.bagi aku side dishes dia tak sesedap macam kat Koryo Won.kimchi dia macam dah berjaman-jaman shimpan -.-

Spicy Udon Soup (rm 18.90).yang ni pun sangat sedap!tapi bagi yang tak suka makan 'mee' jenis tebal camni korang orderlah Soondubu Jigae tu.makan ngan nasi lagi sedap.yang udon ni tak puas la nak makan.nasib portion dia banyak!

soup tu rasa dia sama macam Soondubu Jigae cuma yang ni makan ngan udon

dengan harga yang berpatutan,portion banyak & sedap aku rasa sangat berbaloi la makan kat sini.kalau time cuti, 2-3 kali aku makan kat sini.hahaha.kesian orang yang kena heret tu

Dubu-Dubu Bingsu (rm 8.90).haa ni wajib order!boleh share ramai2 sebab banyak.macam ABC version korea punyeeee.atas tu ada nestum,red bean,tofu.sedap sangat sangat!rugi tak cubaa



walaupun dah kenyang, sumbat gak abc korea ni dalam perut.hahaha

Citron Tea (rm 6.90).rasa masam manis pahit!errr order air kosong je la lainkali -.-

besar,bersih and selesa!

lagu k-pop sentiasa berkumandang di dalam restaurant ni.padan muka bagi yang anti k-pop.bernanahlah telinga korang menahan dengar.hahahah


selalu lunch hour and dinner penuh.ni kat One Utama punya branch.aku prefer kat One Utama compare ngan Time Square sebab ari tu aku makan kat TS punya tak sedap!tawar hebeh and servis lambat!so aku suggest korang pergi yang kat One Utama okey dokey?


p/s:KAD DISKAUN SISWA JUGA BOLEH DIGUNAKAN TAPI ON CERTAIN ITEM SAHAJA!