Wednesday, 6 March 2013

KOREA DAY 7

Finally everyone!finally!entry terakhir untuk cuti bersama cik syida di Korea.heheh.
hari terakhir ni kena buli ngan agent.semua kena bangun kol 4.30pagi (waktu malaysia 3.30 pagi) watdehekkkkk tak sempat nak breakfast pun kat hotel.eh breakfast ke pagi buta macam tu?hmm
dah siap mandi semua, masing-masing usung bag dengan muka mengantuk.aku sampai je kat lobby tengok mak aku ngan adik aku tengah mencekik maggie.hahaha.
cuaca pagi tu sejuk macam biasa.cehh poyo gila statement 'sejuk macam biasa'. ai dah biasa uolls cuaca sejuk kat sana.hahaha.
then kami dibawa ke satu tempat dimana para pelancong akan breakfast disitu sebelum balik ke negeri masing-masing.waahhh..aku tak tahu la apa nama tempat tu.da la gelap lagi, nak tangkap gambar pakai camera phone pun tak nampak apa-.-
bangunan dia macam pejabat banyak storey dan juga ada tempat untuk shopping souvenirs di saat akhir.saje nak pokaikan pelancong lettewww.




hahahah first gambar dah macam ni.seram ai uolls!ni adik aku.kalau tido memang hover macam ni.hahah

nampak kan gelap lagi kat luar tu.tapi dalam bangunan ni ramai tourist

udon soup.bagi aku sedap je.soup tu rasa macam maggie ayam.
licin aku makan.tapi orang lain kata tak sedap.ke tekak aku yang pelik?


naik bus and terus gerak ke Incheon Airport dan sampai sana pukul 7.43 pagi. 

sempat lagi borong susu pisang ni.mula2 aku ambil 3 kotak (orang tamak macamni la kann) pastu ayah aku marah sebab takde tempat nak letak.padahal boleh je masuk luggage.eee geram!~ dapat beli satu kotak je pastu tak sampai airport lagi dah habis.hahah.2 botol lagi aku simpan senyap2 dalam luggage.sebagai kenangan.huahuahua.serbuk cili pun aku beli gak.hahahah.ayah aku dah bising.eh biarlah orang nak masak

kalau pergi korea, try la k susu ni.memang sedap.kena minum sejuk2 baru best

otw ke Incheon Airport



ni la bus buruk luar tapi bersih di dalam yang banyak berjasa kat kteorg.



masa nak check in, abang kimchi hantar kimchi yang kteorg order.memang dia dah seal kotak tu elok-elok.baguslah service dia.tepat pada waktu.kotak family aku paling berat.beli kimchi macam nak bukak restaurant makanan Korea.hahaha.lepas dah check in, kami tangkap gambar potret sekolah banyak2.


kotak Kimchi family aku yang paling berat.

Yun tengah explain camne nak pergi claim barang2 yang kteorg beli kat Lotte

nak balik dah ni.sedihhh ;(


Adib dengan Zul memang rapat ngan Yun

hehe peace terakhir dari kami

masa nak masuk ke balai perlepasan, Yun kata dia sedih and tengah tahan air mata daripada meleleh.aku?relax je menonong masuk dalam tu.hahahah.takde perasaan betul! dah masuk dalam tu cepat2 pergi ke gate berapa entah untuk claim barang yang kteorg beli kat Lotte tax free shopping mall tu. nasib baik gate kteorg ngan gate untuk claim barang dekat je.untuk orang yang shopping banyak2 kat mall tu mungkin rasa berbaloi dengan service ni, tapi untuk orang macam aku yang hanya beli sunglasses sejibik tu rasa sangat tak berbaloi nak pergi menapak untuk claim barang.

masa ni Yun tengah tahan menangis.kteorg selumber je masuk ke dalam terus.hahah



pantang bagi iphone kat minah ni,memang habis penuh album dengan gambar dia-.-

mata tu nak tak nak je bukak



kalau tak tahu nak claim barang duty free kat mana, just follow je signboard yang disediakan.ada tulisan English so jangan risau

sini tempat pick up LOTTE DUTY FREE. untuk barang2 yang beli dekat The Shilla, Dongwha, Paradise kena jalan kedepan sikit.

ok ambil no and tunggu giliran anda.

packaging dia dah seal.masa kat counter tak boleh nak check barang yang kita beli.nyampah btol!so dah dapat package cepat2 keluar pergi check barang

dekat airport pun boleh try Hanbuk(korean traditional clothing) tapi im not sure dikenakan bayaran atau tak.selalunya free 

ari tu masa try nampak ok.bila dah tangkap gambar nampak macam besar sangat lah pulak.aiyooo

aku punya ni last stock :( nasib baik casing lawa.hahaha.harga kat luar tak tahu la tapi murah jugak hari tu.tak sampai rm500 pun.ada discount lagi.

ni mak datin punya


flight kteorg pukul 10.15 pagi and transit di Ho Chi Minh and meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.sampai KL dah petang masa tu.terus rasa panas.hahahah.ni semua poyooo...masa nak berpisah dengan family lain2,ada rasa sedih la juga.yela 8 hari dengan dorang kat negara asing,dengan siapa lagi kau nak bercakap melayu kalau bukan dorang?hahah.lepas dah tukar2 nombor phone, kami pun berpisah ;-(

ni makanan masa flight Ho Chi Minh ke KL.sedap!masa dari seoul ke KL tak sedap langsung!



so apa yang aku boleh cakap, Korea memang best tapi kalau aku nak pergi lagi aku tak akan pergi waktu winter.tobat dikk oii!makanan kat sana pun sedap cuma ada masalah dengan language la.kepada yang tak minat k-pop, rajin2lah layan runningman ke,drama2 tangkap leleh korea..hahaha.seriously aku bolehlah nak cakap sikit2 bahasa korea tu pun sebab tengok drama dorang and layan runningman.heee:-D barang-barang2 kat sana pun mahal so duit tu bawa la lebih sikit.jangan kedekk sangat :-P kalau nak pergi korea sendiri2,tak nak ikut agent rajin2kan diri anda untuk survey tempat2 yang menarik,makanan halal kat mana,tempat shopping souvenirs yang murah2 and so on.ok la tu je.so kalau nak try guna travel agent POTO, silakan.harga memang berpatutan.kalau ada rezeki insyaAllah akan guna POTO agency lagi.

kamsahamnidaaa~


2 comments:

  1. Waa, entry yg sgt berguna untuk saya, oleh kerana adik kata korea terlalu sejuk mgkn akak x jd pg disember ne
    Pepun thnks a lot

    ReplyDelete
  2. wahhh nice entty..tour guide kita sama la c " yun " huhu

    ReplyDelete