Saturday, 30 March 2013

MANHATTAN FISH MARKET

sejujurnya dulu aku tak suka pun Manhattan Fish Market ni sebab makanan dia tak sedap(hahaha ni sangat jujur!).selalu makan kat area sogo tu tapi sekarang dah tutup.agaknya bisnes tak maju.







BUT








tu dulu,sekarang lain :) dengan menu baru and banyak sangat improvement MFM sekarang dah jadi fav aku!











Gummy Bear ( RM 8.50).aku ingatkan letak gummy bear dalam tu.haha rupanya rasa macam makan gummy bear.sedap tapi aku tak tahan sebab banyak sangat gas.aku memang tak boleh minum air carbonated.nanti sedu2


Fried Country Mushrooms (RM 9.90).order yang ni sebab selalu beli mushroom goreng kat pasar malam.hahah.yang ni pun sedap :)


Garden Salad (RM 9.90).rasa apa?rasa sayur.gravy sedap.


Spaghetti in the sea ( RM 15.50). macam marinara la juga.not bad!portion dia banyak juga



Spicy Sea-esta (RM 18.90).Mum's fav!pedas dia boleh tahann.sekali tengok dah macam roti cicah dengan kuah asam podeh

Spicy Tuna Spaghetti lite (RM 12.50).yang ni sedap jugak!bagi aku tuna tak cepat muak compare dengan daging.eh tapi kalau buat spaghetti sardin lagi best kot!


Flaming Scampi Platter (RM 45.90). order yang ni sahaja pun dah cukup untuk satu family.disebabkan nafsu semata-mata tak habis pun makan.papa dah membebel bebel.lobster dengan cheese tu memang terbaik la :)

gambar clam chowder and grill cod tak sempat nak tangkap dah habis dibedal ;) 

okay yang ni kteorg makan kat Wangsa Walk Mall.dekat sangat dengan rumah.kalau dulu pergi WW tak tahu nak makan kat mana,sekarang MFM ni yang aku aim dulu :)



2 comments:

  1. portion. bukan potion. potion tu yg witches guna nk bunuh princess or sumpah org jahat jd katak. haha. ni example je. byk lagi kegunaan2 lain 'potion', boleh google ;)

    ReplyDelete
  2. hahah nampak aje ye?bagus betul.ok thank you!

    ReplyDelete