Friday, 22 March 2013

PICKNIK


siapa tak kenal nik michael? kesian owh siapa tak kenal.cerita dia sekarang aku pun tak kenal! hahaha.aku ajak parents makan kat sini.sampai2 je mak aku cakap chef yg tengah masak tu nik michael.masuk fear factor celebrity malaysia.aku pun 'oh iyo ko?' LOL very the malu uolls! mak aku lebih advance daripada  aku.helloooo tak boleh nak salahkan aku ok.aku ni duk uitm tak tengok pun astro -.-

tu diaaaaa.tapi toleh ke belakang pula.nak tangkap depan2 aku malu.mihmihmih.ha dia sendiri yang masak semua ni ok.takde orang lain.kalau ada pun ayah dia yang tolong masak sekali.aku tengok pekerja dia asyik keluar masuk bawa pan baru.setiap hidangan dia masak kat pan yang baru.sangat menjaga quality :)


 Watercress & Pear Salad (RM 13.00). suka gila noks! dressing yang sangat light(special mustard sauce) and tambah pulak ada almond flakes plus strawberry.so rasa manis,masam and pahit2(watercress rasa pahit sedikit).tapi aku bedal je sebab aku suka!

Garden Salad ( RM 9.00).Dressing dia biasa je.ayah aku ni suka order benda yang biasa2 je.aku ngan mak aku je suka order pelik2 sikit.haha.

 Shirley's Temple (RM 13.00).ni pun dah biasa minum.ayah aku order. rasa sprite+ Grenadine syrup

Mocha Jamocha Milkshake (RM 14.00). rasa mocha la.haha.biasa2 je yang ni.nama je gempak.

Iced Caramel (RM 12.00) ni adik aku punya.sedap!rasa macam kat starbucks.next time datang nak order air ni jerla.heheh

Carbonara (RM 22.00).creamy and cepat muak kalau tak makan masa tengah panas.rasa boleh tahan sedap!

using my new mini instax 7s.tak perasan muka mak aku 3/4 je.sorry ma!aku suruh ayah aku letak dalam wallet dia.nak tak nak je dia letak.hahahah

Ravioli (RM 28.00 kot??) cannot remember ah.ada 4 ketui je.nasib baik before datang sini dah mencekik meatballs kat waffle worlds.hahaha.aku suka ravioli ni tapi seciput sangat la.4 kali sumbat je ni.hye nik if you read my blog,tambah2 la sikit ravioli tu.hehehe :-P

Aglio Olio with prawns (RM 18.00). Memang meleleh air liur kau makan.


 Spaghetti Marinara (RM 30.00). kalau tak nak cepat jemu, marinara is the best!

 Peanut Butter Slice (RM 8.00).aku tak suka yang ni walaupun ade sign recommended sebab cepat muak and terasa sangat peanut butter.manis sangat pun ye juga.


Salted Caramel Brownies (RM 12.00). This is sinful mannnn! ok yang ni highly recommended!selalu caramel rasa manis tapi yang ni rasa masin.acano?sedap ok makan dengan warmed brownies and ice cream.berebut dengan adik.aku suruh dia habiskan peanut butter tapi dia nak yang ni jugak.terpaksa mengalah.huuu :( oh yea sepatotnya ice cream vanilla tapi dah habis stock,ice cream chocolate pun bedal lah!



sebelum berebut makan brownies.hahaha!

servis agak lambat masa ni sebabnya pekerja tak cukup katanya.nak2 pulak ada rombongan cik kiah kat belakang tu.fuhh memang lama la kena tunggu. luckily kami semua dah mencekik kat OU before datang sini. ye family aku memang kuat makan.hahaha

gunakan escalator untuk ke Picknik yang berada di tingkat 1.


UG1-05, Block A4, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur Sri Hartamas Klang Valley.menghadap main road di Publika.

overall makanan memang sedap cuma harga mahal sedikit sebab portion yang sedikit.

No comments:

Post a Comment